loves Quotes on wednesday


We don’t love because of trust, but we trust because we love.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The first time you fall in love, it changes your life forever, and no matter how hard you try the feeling never goes away. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The way to love anything is to realize that it may be lost. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
You can close your eyes to the things you do not want to see, but you cannot close your heart to the things you do not want to feel. 

ingatlah wahai hawa...tak guna kau tangisi kehilangan cinta manusia

‎::♥ |Peliharalah DiriMu Wahai Kaum Hawa| ♥::

|Perempuan yang suci --->> Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah<<---
|Tidak sedikit pun Allah membenarkan Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya --->> Walaupun hatinya…
|Kerana Allah teramat mencintainya ♥

::Tetapi andai kita bergelumang Dengn --->> cinta lelaki yang palsu imannya <<---
::Di mana Allah untuk menjaga kita...Allah seakan melepaskan kita
::Kepada seorang manusia --->>Yang lebih banyak mengecewakan kita <<---

♥ Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri Supaya meninggalkan
--->> cinta seorang lelaki yang munafik <<---
♥ Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

::Mengapa masih ragu-ragu?
-->|Kekuatan|<-- usah ditunggu tapi harus dicari...
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

11.11.11: penunggu cinta vs jodoh.

Terinspirasi la plak. Celik je mata,mood pun ok..senyum,mengharapkan hari ini akan meninggalkan kenangan yang besh!

Semenjak dua menjak nie aku tetibe punya keinginan untuk mempunyai hubungan yang sah dan halal. Tapi…calon tak de,pfft!! Tak ada yang nak aku pun. In case,kalau ada yang nak aku pun..aku tak nak dia..paling cuwitt,aku nak dia,dia tak nak aku…hahaha!! Erk...

Ada masa aku rasa aku ni part time sebagai ‘penunggu cinta’..hmm,mungkin juga full time. Yee,full time menunggu mr.AR, part time menunggu jodoh sebenar.  Rasa macam berbaloi menunggu, tp macam tak. Harapan dan peluang tu ada tapi tak nak la terlalu menyerlahkan kebodohan diri ini.  Kalau dah jodoh tak ke mana..sorang kat pluto,sorang kat Marikh pun kalau dah jodoh bersama gak. Bila cermin diri, rasa macam tak layak berdiri di sebelah dia yang aku rasa hidupnya sempurna daripada aku.

Dalam menunggu haruslah berusaha juga. Maksud aku buat pelan A dan B. pelan A untuk berusaha menunggu dan mendapatkan dia, rasa ada peluang 0.5% pun teruskanlah.. untung sabut timbul. Pelan B, dalam masa yang sama bukalah hati untuk orang lain. Berkawan dengan ramai orang, kenal lebih ramai spesis lelaki tapi bukan berskendel dengan mereka. Pelan B ni sebagai senjata yang backup kita agar tak la rabak habis bila pelan A tak berjaya.  Tak de la nangis guling-guling atas lantai sakan..huhu.

Ok..fullstop.

Aku rasa aku nak kahwinlah…
11.11.11, aku mencipta perkahwinan idaman hari ni tapi seganla aku nak bercerita lebih detail sebab aku cuba buka mata aku bulat-bulat..ok..walaupun mata aku sepet, cuma yang pasti aku akan melalui gak detik bahagia yang aku harapkan bersama si dia, walaupun dia masih jauh entah kat mana pun aku tak tahu. GPS pun tak mampu detect lokasi si dia berada sekarang. Berusaha melengkapi diri  agar mampu menjadi yang terbaik untuk si dia kelak.

Berpijak di bumi yang nyata..banyak lagi benda yang aku tak mampu capai dan gapai walaupun aku cukup ketinggian,hehe. Yang paling utama…tok sah aku nak mimpilah CALON PUN AKU TAK JUMPA LAGI. ..ceet!!
penunggu cinta vs jodoh..1-1,seri.
yang ditunggu dan tak perlu ditunggu.

wordless wednesday #4: lupakan


tak perlu menyayangi orang yang tak ikhlas dan terpaksa menyayangi kita..

If something is meant to be, it will happen in the right time, with the right person, and for the best reason...♥

Segmen: Blogger Pilihan TERJAH

Chegu Zubir
klik sini usha chegu zubir!!!

pepagi yang indah ini aku memang suka duk TERJAH blog orang..apatah lagi mereka yang memegang title "chegu-chegi" nie.
untung2 TERJAH dapat rezeki..
untung2 TERJAH dapat ilmu..
jangan TERJAH punye TERJAH dapat tambah saham dosa dah ler..huhu.
berapa banyak kali 'TERJAH' daa...
waachaa!!

murah-murah!!

assalamualaikum..
hye uolls!! amacam?? sihat??
teanjat gegurl tau bila masuk blog yg serba pink nie...
dah macam gua...batu cave pun tak sesepah blog aku..erkk!!
almaklumla,kerana terlalu komited dengan study smpai tak sempat nak kemas dan hupdate ini blog..

ok..sebenarnya,saya nak 'open table' pagi nie..bukan nak ajak p sarapan tapi mai!! mai!! kakak2!! abang2!! adik2!! mai dekat,mai tengok..jangan segan jangan silu...saya ada buat promosi hebat..jualan hebat untuk uolls...(ala2 jerit kat pasaq malam..hehe)

nie adalah esaimen saya untuk subjek perundingan keusahawanan..so,ayuh berikan sokongan dan support kepada saya dengan membeli barang jualan saya..jika anda berjaya membantu saya, maka anda telah membantu negara dalam usaha melahirkan tenaga kerja belia yang mahir untuk kemajuan negara akan datang...jom kita tengok, mungkin ada yang boleh menambat hati anda semua..harga boleh runding..

kain pasang- 4meter(merah& krim)
material: cotton..warna dijamin menarik dan tidak pudar,
corak menarik,permukaan mewah.
harga: RM40
available: 2pasang sahaja.


pashmina bercorak
harga: RM15

available: 2helai sahaja.
pashmina plain- hitam, pink lembut, kelabu
harga: RM20
material lembut..made in India.

available: 3helai sahaja.

promosi hebat!!



1pasang kain+pashmina plain
harga: RM50
sahaja!! wow!!




stok terhad,sape cepat dia dapat!!
kos penghantaran: RM5 untuk semua destinasi.
kelas kau jah!!


jika berminat, boleh tinggalkan komen atau pm saya di akaun facebook saya!!
harga berpatutan, boleh runding!!






hari pertama, sem baru: teanjat gegurl!!

selamat datang ke tg malim..di sinila segalanya bermula menjadi anak kandung suluh budiman..huhu.


pause!! ok,aku nak balik!! 4bulan cuti tiba-tiba jasad aku perlu mengharungi semua nie. memang dh naik takhta cikit jadi senior tapi aku rasa macam budak sem 1 plak nie ha..adoyai!! rasa pelik tahap gaban..

segalanya baru nie..suasana kediaman yang baru, daripada aman damai ala-ala resort 3bintang sekarang aku jadi budak bandar..suasana yang tak berapa aman,haha..*ko gak yang baik ati bagi junior duk kolej,haha,padan muke*

jadual baru..sem nie aku 'lone-ranger'..jeng3!! padan muka aku..ari pertama kelas aku dah sorang- sorang*padan muke*..rasa mcm kurang center plak otak nie lepak sorang- sorang..huhu, sapa nak teman aku?? aku bagi choki2..ngee

aku yang pelik...majoriti bebudak kos aku ambik minor bisnes, aku je yang sesat p menggatal minor IT..haha..*padan muke kali ketiga,adey!!* dahla makin jauhla aku dengan mereka..ceh!!

hmm..walau apapun yang akan jadi, aku perlu harungi jugak benda nie sume demi mengejar cita- cita yang murni ini*cewahh* mana aku nak lari lagi..ini adalah cabaran yang terpaksa aku tempuhi sepanjang sem nie...kepada mahasiswa-mahasiswi institut pengajian tinggi..teruskan usaha anda..yeah!! nikmatilah kehidupan..

p/s: kepala aku xboleh bergerak dengan bebas lagi..hahaha..aka tak suai lagi dek non..

2nd GiveAway by LyssaSecret

uhuk..uhuk!! domam beghayo laie ha...

po kato jom join GA dia yang chumell nie..
untung- untung dapek pefume kan..kan..lalala
bleh kasi sembur ini blog yang dah bkurun takhupdate..*erk*


nak tag:

biskut apa nie??

haaaa...semput gegurl..

dua malam dah buat biskut raya..
dengan harapan yang tinggi melihat hasil yang menjadi berbekalkan semangat raya yang membara..

tetapi.....
hampa...*ceett!!* 
memg tangan tak da seni membuat biskut..
bentuk ada dah..tang rasa tu ada je kurangnya..

haha..tak pe2, sekurangnya ada keinginan untuk mencuba, pujuk hati ni.
senang cerita..biskut tunjuk je la mak ye..biskut along buat tak berapa nak menjadi la, takot ada yang tercekik plak nanti..haha!!

p/s: habisla..berkurangla hantaran aku camni..huhu

tips-tops raya: persediaan balik kampung

Tinggal beberapa hari lagi umat islam akan meninggalkan Ramadhan untuk menyambut ketibaan Syawal. Masing- masing mulalah sibuk tak menang tangan shopping raya. Ha! Shopping pun dah..jom kita balik kampung!! Hoorayyy!!.. jom kita tengok apa persediaan yang patut kita buat sebelum pulang berhari raya di kampung halaman.

Tiket
Bagi yang menaiki kenderaan awam seperti bas, kereta api dll, anda dinasihatkan membeli@ menempah tiket pergi dan balik lebih awal. Tapi, kalau dah waktu macam ni p beli tiket bas memang beraya di perantauan la jawapnya..tiket habis dah,waaa!!!-apa pun tak boleh sambil gigit jari-

Buah tangan atau hadiah
Bila balik ke kampung tu janganlah membawa diri sendiri je, apa kata bawa la balik apa yang patut. Contohnya, kuih raya sebalang-dua ke, baju Melayu untuk abah ke, baju kurung untuk mak, untuk adik-adik, jiran-jiran sekampung  dan kalau ada bajet lebih bolehlah belikan baju Melayu@ shawl satin tuk kekasih hati, ehem.. boleh pakat- pakat sedondon keliling kampung nanti kan..hehe.

*Duit raya
Yang ni pula bagi mereka yang telah berkerjaya, bagi yang belum..sila tadah tangan untuk menerima duit raya sahaja ye..hehe. Sediakan duit raya untuk makabah,adik- adik, dan anak buah. Bajetkan berapa ringgit yang harus diberikan..jangan sampai makan meggi je lepas raya ni dahla sebabnya terlalu pemurah bagi duit raya lebih sangat dan shopping sakan tak hingat duniawi sebelum raya.

*pemeriksaan kenderaan
Yang ni bagi mereka yang pulang ke kampung dengan kenderaan sendiri. Pastikan tayar kereta mempunyai angin yang cukup, penting untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Selain itu, silalah merajinkan diri untuk menservis kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Kalau sempat, p la hantar ke ‘car wash’ kereta tu kalau mampu basuh sendiri lagi bagus, biar berkilat..keretapun nak raya gak, nak nampak cantik gak..baru semangat nak balik kampung..lalala.

(p/s: aku dah memang 4bln tersadai kat kampung..hehe)

'FIRST GIVEAWAY BY IDA'S CREATIVE CRAFT'




saya telah di-tag oleh cik nani..maka sayapun dengan segera terjah blog kreatif nie tuk men-join kan diri..haa!! rosak bahasa cikgu oii..
hadiahnya memang unik dan kreatif, saya mau!! saya mau!!..maka sapa yang berminat mai la join sama..:)

saya nak tag:

[ Contest # 4-bersama kawan baik ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!


klik sini kalau nak join!!!!

haha..nie kisah lain plak..
nie bersama kawan baik aku..
kalau nak ikutkan semua kawan aku baik- baik..ahaks!!
aku, ain, ada, ziela, mek d.

ok,ni gambar terbaik yang pernah aku ada bersama kawan- kawan baik aku ni. gambar ni tak diedit..kami pun agak terasa wow dengan hasil gambar ni yang hanya menggunakan handphone sony 3.2mp je. tak tahulah camne gambar kitorang leh jadi camni. gambar ni masa last day exam sem2..lepak2, jalan2 kat tasik proton city...besh!!
pameran baktisiswa SRN UPSI

nama makcik ni mardiana bt mat ripin..best friend terbaik aku setakat ni. kau memang terbaikla makcik! sayang kau..mmuah,hehe. gambar ni masa kami berdua join baktisiswa sem 1. baik kan kami tak balik cuti sem..haha.


(p/s: rindoo kat kamoo semua, nanti kite lepak lagi camni ye..hehe)

[ Contest # 2- zaman persekolahan ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!



aku suka nak berkongsi kenangan ni dan aku join la contest ni
mana tau rezeki kan..
jom terjah gambar- gambar koleksi peribadi aku nie, ori ma!! tak ada edit mana2pun.




otai2 pengawas tingkatan 6 bersama ustaz.

cehh!! nie muka2 otai sekolah ni.. wa dulu pengganas  pengawas yang ting-tong masuk air kepala hot.. adik-adik junior memang kecut perutla bila nampak kami sebab..err, xtahan nak layan kami yang tak betul, kepala angin la gak..huhu.

nie masa p lawatan sekolah. 

ok, yang nie plak geng aku tuk buat nakal..a.k.a 'geng ponteng sekolah'. haha, stylo kan kami.




gambar ni masa last day kami bergelar otai sekolah tingkatan 6 08/09. Lawaknya, cikgu aku yang hensem dan macho kat tengah- tengah tu tak suka kami buat gaya bebas camni, dia kalau boleh nak kami nampak skema je..huhu.. puas pujuk akhirnya...terhasil lah gambar ini..lalala..


(p/s: rindu zaman sekolah......)

lirik: muhasabah cinta(edcoustic)

Muhasabah cinta- Edcoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.



(p/s: Sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaanmu ya Allah. Ujian yang telah Engkau beri sentiasa menjadikan aku hambamu yang sentiasa mengharapkan cintaMu.

 Semoga hati ini terus kuat, tabah dan sabar mengharungi kehidupan ini. Rasa yang aku alami ketika ini merupakan anugerah terindah, semoga aku sentiasa berusaha menjadi yang terbaik..terbaik untuk mak dan abah,adik- adik, sahabat, untuk semua makhluk ciptaanMu. 

Jauhkan aku daripada riak dan angkuh dengan nikmat yang Engkau kurniakan dan jauhkan aku daripada putus asa dan mengeluh atas ujian yang Engkau berikan kepadaku. Jadikan aku seorang wanita yang solehah, berjuang ke jalanMu yang benar dan moga dipertemukan dengan cinta sesama insan hanya keranamu ya Allah..amin.)

wordless wednesday #2: single..no relationship..no prob

crdt to uncle google



Mitosfiktos: menarik tentang orang kidal

Orang yang cenderung menggunakan tangan kirinya untuk melakukan apa pun terutamanya menulis sememangnya istimewa dalam erti kata lain..ehem, akulah tu. Namun, kadang- kadang orang tangan kidal ni selalu kena ‘bahan’ gak sebab kepelikan mereka yang kidal tu(biasa dah kena, lali dah). Jom kita tengok serba sedikit fakta orang kidal ni…

Mari join super Atiqah!!!



sayalah superA!!!
penyelamat anda..super mampu untuk berlari dengan pantas membelah angin..kalau setakat perlis- johor, johor-sabah tak de hal pejam mata je 1hari leh pusing- pusing sana shoping..  Opss!! tak..mahu selamatkan mereka yang memerlukan bantuan....hanya sebut je nama superA dengan gaya yang paling chumell sudah pasti sepantas kilat superA sampai.  Err, apapun superA ingin memohon maaf.. walaupun superA agak seksi dan hot tapi hati superA baik dek non oi....Katakan tidak kepada penindasan terhadap wanita dan kanak- kanak..yeay!!
p/s superA: tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini kan....hik2!! 


 siapa nak join mehla rajin- rajinkan jari anda klik----> SINI

(p/s:entry ini hanya repekan penulis yang terlebih tengok tb cerita naruto, hagemaru, upin ipin dll sepanjang cuti ini..huhu,tepu otak dah. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.)




Aku peminat artis 'baru' lulufifi

a.k.a matluthfi..ahaks!!

dh lama aku jatuh tegolek2 kat hang..
Mood aku sekarang adalah tuk tengok vid- video dia. Aku memang peminat tegar dia la. Kalau aku tengah buat esaimen, agak- agak tension, aku mesti layan video mamat ni then mula la aku gelak sorang- sorang seperti kambing tercekik rumput mahupun sengih sorang- sorang ibarat kerang yang tak berapa nak harum..huhu. Vid dia menjadikan aku lebih bersemangat untuk menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, bangsa dan agama, yeay!! setiap video baru mamat ni mesti dan wajib untuk aku download.

PROMOSI BLOG SECARA PERCUMA ! C`AYOB


yeay!! yeay!! aku memang suka istilah free nie,,lalala..

tapi kali ni nak join promosi blog secara percuma..
nie bukan  dua singgit!! dua singgit ye!!
nak join?

jom join: GA dari Sheeszshira Shiraz



yuhuu...lalalala..
nak cuba nasib la pulak,mana la tau rezeki bulan ramadhan nie kan.
1st time join GA nie..
apa kata jom kita join nak..klik je banner kat atas tu ye..

cintun: gegurl jangan buat macam nie, 'sentap' boboy tau.

ini adalah tips tops berdasarkan pemerhatian aku terhadap gegurl's dan boboiboy boboy yang cemerlang dalam kertas ujian cintuns..

4 rahsia yang tak perlu gegurl bagitahu boboy:

Hati: bersyukurlah, ikhlas nescaya akan tenang.

Setiap hari kita ketawa.
Setiap hari kita jumpa kawan.
Setiap hari kita dapat apa yang kita inginkan.
Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?

Apo plak tanyo pasal adat den..

Den nak kongsi sikit tontang kisah asal usul noghori similan dan den suku biduanda(dondo). Al-maklumlah den anak jati noghori..kok nak tahu meh baco, kok tak nak silo abaikan sumo eh nie..hehe. Den bukan apo, dah maleh nak menghadap bermacam- macam pertanyaan tontang hukum hakam adat popatih tambah pulak bilo bab adat pusako. Lelaki dari noghori lain takut amek kok kawin dongan pompuan nisimilan. Den torangkan sikit kek sini…setakat yang den tahu la yo.
tompek lahir den..

Tree via: dia bakal ke laut.

(entri khas untuk manusia istimewa yang berkenaan dengan hidup aku.)

Aku kagum dengan semangat dia, serius aku tak kan percaya dia mampu berhadapan dengan dunia dia yang lebih besar daripada diri dia kalau dia tak bagi gambar- gambar dia belayar masa praktikal..sebab dia lagi 'comel' dari aku..hehe.

wordless wednesday #1: hambik bau je..

mitosfiktos: aku benci perokok

Meh sini aku nak kasi bukak itu mata para belia yang merokok di luar sana. Aku memang anti- perokok. Kalau ye pun nak membunuh diri secara halus janganlah nak melibatkan manusia sekitarnya yang mahukan kehidupan yang bebas asap yang membawa 1000.99 penyakit. Pergilah terjun jambatan ke, perigi buta ke baru mencabar, haha!!.  Jom kita skodeng apa yang perokok nie fikir bila dia merokok tetapi tidak bagi mereka yang tidak merokok..

Jom Join Bloglist Haris Kaito !


haish,bila mata aku yang sepet nie nak lelap, kejap lagi nak sahur...
jom la join haris kaito ni uolls, klik jer banner kat atas yg comel tu ye..
ok,siap..jom tido sat...ZZZzzzzz...

(p/s: tak nak tag sapa- sapa lah,semua dah lena dibuai mimpi indah,ahaks!! boleh pulak camtu kan..hehe.)

Motifbasi: Bukan masa bersenang lenang.

Ramadhan bukanlah bulan untuk kita berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti berfaedah hanya dengan alasan kita berpuasa, tiada tenaga. Istirehat bagi seorang mukmin itu adalah kelalaian, waktu yang luang adalah pembunuh dan pengangguran adalah kebatilan. kebanyakan manusia yang bersusah hati, berdukacita dan bersedih itu ialah manusia yang menganggur tiada pekerjaan. Hanya angan- angan sebagai teman dan menjadi khabar angin yang tidak berguna. Itulah kerugian yang diperoleh oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yang bermakna dan membuahkan pahala.

Segmen Oshin : Umor Saye..

Assalamualaikum..saje nak menggatal,malas nak merapu malam nie..
jom join segmen blogger nie..
sila la klik yang kat bawah nie,walaupun aku kira dah terlambat nak join kot..haha..
❤¸.•*" my wOndErFuL LiFe "*•.¸❤


aku berusia 21 tahun walaupun belum cukup 21 lagi la kan..bulan 12 nanti....

seronok nak tahu umur orang nie,mana la tau boleh mintak putua petui awet muda la plak kan..ahaks!!

segmen BEN ASHAARI: cer citer yang tersirat di sebalik gambar.

Santai Bersama BEN ASHAARI




KAMI at45 terbaik!!
Bukan senang nak kumpulkan bebudak cos aku ni. Ni pun sebab nak dapat A untuk paper En.Khai kan, maka berkumpullah semua berpadu tenaga membersihkan kebun lect kami..haha, A punya pasal. Moment paling tak boleh lupa beberapa orang 'cedera parah' kerana digigit encik 'Pacat', termasuklah aku. Tak lah 'cedera' mana pun menjerit je lebih sebab tengok pacat tu dengan happy nya menyedut darah sambil menari,hahaha..
Apapun..cikgu-cikgi nie semua memang terbaik dan masuk air kepala hot dorang..hahaha!!
Terima kasih kepada En. Khai kerana memberikan markah penuh untuk tugasan ni walaupun kadang- kadang aku pikir juga tang mana kretiviti dan inovasinya tugasan kami yang ni..haha..

bertunang: agak- agak la..

Haha..ni bukan nak wat batas untuk bercucuk tanam ye.. kita nak citer tentang batasan bila dah bertunang. Yang penting aku belum bertunang lagi, entah berapa tahun gajah lagilah lamanya nak tunggu cik abang aku tu masuk meminang,lalala(ops!! Muda lagi,not ready yet.. ilmu belum penuh di dada)..kiranya masih single lagi la. Tips ni aku kira untuk ingatan kita bersama..perlu ni, wajib tahu dan amalkan walaupun nampak macam remeh!!

Talasemia: Terpanggil hati ini...

Terpanggil pula nak kongsi  info yang tak seberapa tentang talasemia. Selama ni aku ambil mudah tentang penyakit talasemia, aku ingatkan tak la bahaya sangat . Plus, adik si dia penghidap penyakit nie,muda lagi umurnya..dah terpaksa menanggung ujian yang maha hebat begitu juga keluarga dia. Simpati..dan aku sendiri perlu sedar akan bahaya penyakit ni..kita semua perlu ambil tahu.

Segmen : Saya Blogger Ipta/s .


TEMPAT BELAJAR
 pelajar UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI),tg malim, Perak.
ibu kandung suluh budiman sentiasa di hati...

JURUSAN
 PEND.KEUSAHAWANAN DAN PERDAGANGAN...

lambat lagi habis study nye pun...6sem lagi..:)




lirik: lagu sedih(VIP)

Hari ni wa rasa macam nak nakal la plak. Wa dah tangkap cintan dengan lagu ni la..Wa suke giler dengan rentak lagu nie plus eardrum wa ni memang layan lagu gini. Boleh buat wa goyang-goyang kepala ma!! ewah...goyang2..haha..

memang stylo la der!!

zaman aku sekolah rendah: 2 permainan paling "HOT" dalam kelas.

Tuu diaa!! teringat zaman sekolah rendah dolu2..meh aku nak senaraikan 3 permainan paling malatop bila ada masa lapang dalam kelas. aku tak taula korang pernah ke tak main benda- benda nie..jom!!

Bad Boy atau Skema?

definasi kamus D.E.N
bad boy: budak buruk la..ok,itu kamus google translate(lalala..)  kalau bagi aku seorang yang semestinya lelaki  berperangai nakal gitu, dan mungkin tahap kritikal nakal..superb! dalam kurungan jahat fullstop. kalau lelaki pesen bad boy yang alakad ok je kot yang to much tu memg nk makan penampor aku la tu.
skema: sifat yang berlawanan dengan bad boy dan mungkin juga seorang yang 'nerd'. skema di jiwa udahla kot,cukup dah tu alakad.

lelaki oh lelaki!!

    pernah 1malam aku duduk lepaking dengan adik perempuan aku sampai kami tak jadi tidur awal..see,betapa hot topik kami malam tu. kami cuma membuat kesimpulan, lelaki ni susah nak difahami kerana..
cer citer..cer citer...

motifbasi: Ingatan bersama

     Semua manusia akan berubah setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan malahan tahun. Begitu juga aku kan yang meniti usia 21tahun, sentiasa muhasabah diri dan sentiasa berharap aku mampu untuk menempuhi setiap ujianNya.
masa dan kehidupan.

    Setiap dugaan hidup yang kita lalui akan mematangkan kita. Kadangkala setiap percakapan kita dan perlakuan kita tanpa kita sedari dan tanpa niat boleh mengguris hati orang lain. Sudah tentu kita tak mahu kehilangan sahabat akibat sikap kita yang mengjengkelkan tetapi kita juga tak mampu nak puaskan hati semua orang. Sebelum kita tidur adalah lebih baik kita memaafkan orang lain dan cuba untuk tidak menyakiti orang lain juga ye dan minta maaf. Dalam hidup kita perlu sentiasa tenang dan berhati- hati, jangan over excited dengan hal yang kecil. Impian itu penting sebagai motivasi untuk kita berjaya dalam hidup, bukannya angan- angan mat jenin ye mesti disertakan dengan usaha juga. 

     Aku juga akan berubah seiring dengan masa yang aku lalui. InsyaAllah, ke arah yang lebih baik dan menjadi someone yang lebih baik dengan kehidupan akan datang yang lebih baik. Amin.

   Aku teringat atuk yang aku jumpa di pekan kuala pilah sebelum aku masuk upsi dulu. Pada pandangan luaran aku tengok atuk nie tak ada yang istimewapun, sempoi..tapi bila dah bersembang sambil tunggu bas baru aku tahu, 'atuk nie memang hebat!'. Atuk ni bekas guru besar, seronok dia ceritakan kisah hidup dia,zaman muda dia dulu, diapun salah satu pelajar mpsi(upsi) dan cukup excited sebab jumpa anak muda yang nak jadi ckgu(tp..aku??? errr...). Nak tahu pesanan dia kepada aku??
"dalam hidup ni ayu:"
*jangan mengeluh*
*jangan merungut*
   *jangan mengungkit*
"Allah s.w.t benci orang macamnie. jangan lupa solat,solat tiang agama. bila ayu jadi cikgu nanti sentiasa ikhlas dan redha dengan ilmu yang ayu bagi kepada pelajar." 

    Kebetulan dia ada cucu yang namanya sama dengan aku, rilex jela dia bagi nasihat. Terharu sangat, aku sentiasa ingat pesan atuk yang aku jumpa secara kebetulan dan aku akan usaha untuk ke arah ini.

(p/s: inilah kehidupan kan....peringatan untuk aku. aku tak nak la bila aku tua nanti tak ada benda yang indah aku boleh kenang tentang kehidupan aku masa muda. Apo wan nak cito kek cucu wan nanti??)

Hobi Baru..

Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang hanya mampu aku luahkan untuk diri sendiri ni..hehe. mana tak peliknya u ollss, dulu..aku ni bukan lah minah jiwang yang jenis boleh statik sambil baca ayat panjang- panjang ni, tengok perkataan penuh satu mukasuratpun aku dah naik pitam(waduh!! pening sih kepala gue).
feningg mak nak!!
Tapi itu dululah,sekarang ni sejak dua menjak dak sepet ni ditimpa 'heart broken' dan 'fever terlampau',lain pula jadinya. tanpa aku sedari, aku sekarang sangat suka membaca,terutamanya cerpen- cerpen. macam mana aku sedar aku ni suka baca cerpen sekarang? ha..macam ni cito eh, dalam suasana keboringan yang teramat sempena cuti semester ni, akupun lepak- lepak la dalam bilik, yela..demam kan. akupun dengan tangan yang agak gatal lalu mencapai koleksi majalah REMAJA aku, selak punye selak..akupun berhenti di ruangan cerpen. akupun dengan fokusnya membaca kisah dalam cerpen tu sampai aku tak sedar aku tersengih sorang- sorang macam kerang busuk..haahaha..
nasib baik ada majalah2 lama ni..hehe
lama kelamaan aku 'up' sedikitlah, akupun carilah laman sesawang yang banyak koleksi cerpen dan novel online sehinggalah aku terjumpa blog ni.
penulisan2u.blogspot.com
Dalam blog ni ada banyak cerpen- cerpen dan novel- novel terkini. Inilah hobi baru aku sekarang, dapat aku membawa diri aku berimaginasi menyelami cerita- cerita yang ada ni. Banyak cerita yang mengajar aku sebenarnya cinta itu indah dan tak perlu aku merasa kehilangan sebabnya cinta pasti akan datang tanpa kita sangka waktu kedatangannya untuk membahagiakan kita. Apa yang lebih penting, cinta Allah s.w.t kepada kita tak pernah berkurang terhadap kita, buktinya walau setiap masa kita lalai dan alpa atas nikmat kurniaanNya, kita tak pernah dibiarkan berseorangan apabila kita ditimpa musibah. cinta seperti ini lebih agungkan u ollss!! so, bila ada masa terluang isikanla dengan perkara- perkara yang berfaedah ye..


(p/s: umur muda macam aku ni tak perlulah nak menyemak kan kepala dengan hal cintan cintun yang tak kemana tu,hehe. Bina hubungan persahabatan, itu yang lebih baik..nanti senang nak buat pilihan..ahaks!!)


saya suka ros atau mawar???

ini untuk awak..suprise!! sweetnye.

tanda persahabatan.
Ini hanyalah angan- angan dan impian minah sepet nie..hehe. saya suka ros..err,mungkin juga mawar. Hakikatnya, ia adalah dua kuntum bunga yang sama bentuknya, cantiknya, harumnya. Seumur hidup tak pernah lagi aku terima hadiah bunga..(ehem2,ada sesiapa yang sudi hadiahkan saya bunga? saya nak bunga ros..banyak tau awak,hehe) 


Apa yang uollss bayangkan tentang bunga ros?? ha..cantikla bunga ni..alaa,tuk yang cintan cintun je bunga ni..e'eh,romantiknya(hik3..) Namun, terpulangla walau apapun imaginasi kita tentang bunga ni,bunga ni membawa 1001 erti kepada kita khususnya kaum hawa yang berjiwa lembut ni contohnya,mcm I(ahaks!)  Bunga yang merupakan ciptaanNya yang terindah, penuh nilai kasih sayang, dan harum..


 Bunga ros juga boleh kita katakan sebagai simbol wanita, cantik di pandangan tetapi awas!! tidak boleh disentuh.. Bagi aku,bunga ni sangat shanteekk!! tak dapat digambarkan dengan kata- kata kenapa aku suka bunga ni dan aku mula lah berangan mat jenin, satu hari nanti..masa wedding aku,aku nak majlis aku penuh dengan bunga ros ni..ada warna merah, pink, putih, kuning dan biru kalau boleh..(hmmm..kuat berangan dak sepet ni.) dan..mungkin juga(sambung lagi berangan,hehe) kepada yang menjadi bakal roomate seumur hidup aku tu boleh la melamar aku dengan sejambak bunga ros mengikut warna yang melambangkan aku di hatinya dan pastikan dalam jumlah kuntuman yang banyak tau..romantik gitu..ececehh..demand u!!

mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya..wow!!
cinta sejati dan suci.
(p/s: Selamat hari guru. Tanpa guru siapalah kita..motif?? hehe)