40 tahun????


glitter-graphics.com
ini gambar aku bila berumur 40 tahun...hahahaha!!!(still cun kan...huhu...puji diri sendiri). Masa tu 2030,agak-agak kan berapa pula umur anak aku? siapa pula suami aku ye? macam mana pula rupa dia bila umurnya seangkatan dengan aku? huhu..adakah dia tetap kacak dan segak seperti 20tahun sebelumnya? huhu.. macam mana pula hidup aku masa tu?  bahagia ke tidak? adakah aku masih bergelar guru?  soalan paling maut kot,adakah aku masih diberi peluang merasa nikmat hidup d dunia ini apabila umurku 40tahun? 

 orang cakap life begns at 40...apalah aku nie..banyak sangat soalan,bila nak jawapnya? pendek kata,panjang tak kata apa.
in.semuanya kita serahkan kepada qada dan qadar,mudah2an umur aku dipanjangkan,diberi kesempatan menikmati kehidupan,berbakti kepada mak abah,bangsa,agama dan negara...yeah!!!

(p/s: kecantikan luaran tidak selamanya menawan,apabila tua muka yang licin waktu muda akan berkedut juga. oleh itu,kecantikan dalaman itu yang akan berkekalan dan lebih bermakna sungguhpun selepas kita tidak wujud lagi di dunia ini..syukur alhamdulillah..)

ciri- ciri 10sifat calon suami.


glitter-graphics.com
10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

 (p/s: tidak perlu terlalu mencari kesempurnaan. kalau ada ciri-ciri seperti di atas,syukur alhamdulillah...)

glitter-graphics.com

adam..mengertilah..

glitter-graphics.com
Adam, Mengertilah..
www.iLuvislam.com

oleh : eVe


Adam,mengertilah... 

Hawa bukanlah insan yg kuat.. 
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu.. 
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas... 
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri.. 

Adam,mengertilah... 
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik.. 
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... 
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya.. 
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. 
perfume, make up, perhiasan... 
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya.. 
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa 
yg serba kekurangan ini.. 

Adam,mengertilah... 
Hawa ini berjiwa lembut... 
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta... 
Hawa tau permintaan Adam 
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat... 
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati... 

Adam,mengertilah... 
setiap kali 'sms' diterima.. 
Hawa keliru... 
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. 
tapi Hawa akur tuntutan sahabat... 
Hawa tewas... 
Hawa reply juga... 
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah... 
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam.. 
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan.. 

Adam,mengertilah... 
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. 
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. 
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. 
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan.. 
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya... 

Adam,mengertilah...


jodoh

TAKUT TERLEPAS JODOH...? bukankah Allah telah menyakinkan kita...
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(An-Nur:26)"



glitter-graphics.com