jangan mengabih an bogheh jo.

assalamualaikum...
hye olls!! gedix gitu. Lamanya tak merapik di blog sendiri,hehe sampaikan mr.C pn duk heboh balik2 cerita sama tak hupdate repekan terbaru ke?? huhu,memang stalker terhebat la dia kan..lalala


sekarang nie kengkawan aku yang lain tengah lepak-lepak goyang kaki kat rumah, tiduq bedengkur, aku pulak masih di bumi Tanjung Malim nie menghabiskan cuti semester yang ohsem sangat kan. Tak sangka begitu rajinnya aku, tak cuti sakan gigit- gigit kuku kat rumah,hehe.

nak tahu apa sebab aku tak reti balik rumah?? 
Aku tengah menyediakan diri dengan skill2 terhebat sebelum aku bebas mengenal dunia luar yang penuh pancaroba..ceewahh!! Dengan ini, aku berbesar hati melibatkan diri dengan program SME internship sebagai consultant yang dilatih untuk memberi khidmat nasihat perniagaan kepada usahawan bumiputera, bagaimana untuk menjana keuntungan yang lebih dalam perniagaan sekaligus akupun turut menimba ilmu daripada usahawan- usahawan ini tentang erti sebenar dunia perniagaan. wow!! sangat mencabar. Tu diaaa...terjun bidang korporat pulak lepas nie..hewhew


Program ni kalau kat U lain akan menjadi rebutan pelajar- pelajar tahun akhir untuk menyertainya sebab once kau dah join kau akan dpt ilmu+kalau nasib baik boleh wakil U bertanding dengan U lain, tu sebab pertama. dua, kau dapat elaun. tiga, ada gak benda wow kau nak letak dalam resume nanti..orang kata modal nak jual diri la senang nak dapat kerja..huhu..empat, kau diberi keistimewaan nanti untuk membuat pinjaman dalam 50k selepas kau habis belajar untuk membuka perniagaan sendiri. pendek kata, berbaloi2 la kau korbankan cuti 2bulan untuk kebaikan jangka panjang. 



Macam- macam pengalaman baru yang aku lalui untuk bulan pertama ni yang bagi aku memang bestt la sebabnya aku dah rasa macam mana nak tebalkan muka membuat aktiviti promosi, duk pikir ayat power apa yang aku nak bagi kan nak hasut makcik2 sekalian datang kedai tengok barang...hahahaha!!! baru aku paham apa rasa jadi salesgirl. Paling tak boleh bla, pergi buat promosi ke sekolah, saja la gatal- gatal mulut jumpe guru besar nie nak jual 'minyak' last2 aku balik di sekolahkan oleh guru besaq tu...


cikgu besaq: awak bakal cikgu kan?
aku: insyaAllah cikgu...
cikgu besaq: awak nanti kena ingat, bila dah mengajar kat sekolah nanti jangan nak berjual2 macam nie kat sekolah..menyalahi etika keguruan ni, etika kerja..
aku: %^&*@
hahaha...susah untuk aku terangkan disini, walaupun belajar di Universiti Pendidikan terulung di Malaysia, belum tentu lagi aku kompom bergelar guru nanti..tapi mudah- mudahan rezeki untuk bergelar guru tu berpihak kat aku la nanti. Apa yang aku buat sekarang nie sekadar ingin menambah pengalaman, menambah ilmu, membantu orang lain dan mengisi masa terluang daripada habis terbazir camtu je duk umah. Bak kata mak aku, 
mengabih an bogheh yo...:) 

papepun aku enjoy dengan benda alah nie walaupun kadang- kadang stress sebab tak tahu nak buat apa. masa kerja kami fleksibel. Khamis nie pembentangan pertama kami depan pihak SME corp. Harap depa suka la dan tak banyak kena hentam..dush..dush!! amin....

akhir kata: isila masa lapang anda dengan aktiviti2 yang berfaedah dan menguntungkan!! lalala.