Hidup dalam realiti:Tak banyak pilihan tapi berhak memilih

assalamualaikum..
pergh!! tersangatlah lama tak update blog pink ni. dari sehari ke sehari berniat je lebih nak update blog. akhirnya, tercapai jua akhirnya..ececeh!

pejam celik, pejam celik sekarang sem 4. Baru je mula semester baru, agak risau juga tak tahu apa yang bakal dihadapi kan..tapi takpe,cik ayu kan tabah dan penyabar orangnya,(ye ke?). Minggu pertama ni biasalah sibuk dengan minggu add drop subjek maka ramai juga yang 'tuang kelas', lagipun lect tak start ngajar lagi, huru hara lagi hidup. Tak kurang juga ada yang semangat berkobar- kobar gitu dengan azam baru. Buktinya, awal- awal sem ni jela berkesempatan tengok diorang beratur panjang tunggu bas pergi kelas, makin naik minggu nanti makin pendekla barisan yang tunggu bas..hehe, (sumber: Hasil research setiap sem.)

Sedar tak sedar umurpun semakin bertambah angkanya. Rasa diripun dah semakin matang dan dewasa. Tiba- tiba teringat pesan lect kelas petang tadi, umur puncak bagi seorang wanita adalah 25tahun. Berbeza dengan lelaki, makin tinggi umur makin tinggi sahamnya. perempuan selepas umur 25 mula lah turun sahamnya. Nak dijadikan cerita menurut kajian, Malaysia ni antara negara yang ramai warga emas.  Perempuan ramai sangat yang educated, yang lelaki plak yang 'hado'. Lelaki pun agak cuak la nak meminang anak dara orang, lect aku ibaratkan keadaan sekarang, lelaki miskin dan perempuan terlalu kaya maka kuranglah perkahwinan berlaku dan tiadalah penyambung generasi dilahirkan. Yela, kalau dah pengantin perempuan lulusan degree, hantaran dah berapa belas ribu plak, mahu nya tak bengkok lelaki cari duit dengan tahap pendidikan dan kerja yang biasa- biasa.
checklist itu harus semua perempuan ada sebagai panduan tapi tak kan kita jumpa  yang sesempurna kemahuan kita.
(sumber: uncle google)
Lagipun, tengok sendirilah nisbah lelaki di universiti, 1: 4 je. Kalau camtu nampaknya kaum hawa kena belajar berkongsi la lepas nie, ngam- ngam cukup kuota..huhu. Tambahan, perempuan pun dah rasa cukup selesa dengan kehidupan dia yang serba mewah maka makin ramailah golongan andalusia bak kata mak den. Mana taknya, kerjaya ada, duit ada, harta ada, hidup pun bebas. Heyy, minta jauhla aku daftar dalam golongan ni nanti. Terpulangla kepada individu apa yang dia harapkan dan impikan. Jodoh, rahsia paling manis yang Allah simpan untuk kita kan.

Papepun, kejar cita- cita dahulu...dan menanti cinta. Usaha yang harus seiring tetapi tak la aku mendambakan cinta seorang lelaki selagi belum tiba waktunya. Ceh, dah mula belajar daripada kenangan lampau nampaknya aku ni,hehe.  Sekarang, hidup perlulah lebih positif kan dan harus dinikmati..gituuu!! perlu sentiasa bersyukur.