jangan mengabih an bogheh jo.

assalamualaikum...
hye olls!! gedix gitu. Lamanya tak merapik di blog sendiri,hehe sampaikan mr.C pn duk heboh balik2 cerita sama tak hupdate repekan terbaru ke?? huhu,memang stalker terhebat la dia kan..lalala


sekarang nie kengkawan aku yang lain tengah lepak-lepak goyang kaki kat rumah, tiduq bedengkur, aku pulak masih di bumi Tanjung Malim nie menghabiskan cuti semester yang ohsem sangat kan. Tak sangka begitu rajinnya aku, tak cuti sakan gigit- gigit kuku kat rumah,hehe.

nak tahu apa sebab aku tak reti balik rumah?? 
Aku tengah menyediakan diri dengan skill2 terhebat sebelum aku bebas mengenal dunia luar yang penuh pancaroba..ceewahh!! Dengan ini, aku berbesar hati melibatkan diri dengan program SME internship sebagai consultant yang dilatih untuk memberi khidmat nasihat perniagaan kepada usahawan bumiputera, bagaimana untuk menjana keuntungan yang lebih dalam perniagaan sekaligus akupun turut menimba ilmu daripada usahawan- usahawan ini tentang erti sebenar dunia perniagaan. wow!! sangat mencabar. Tu diaaa...terjun bidang korporat pulak lepas nie..hewhew


Program ni kalau kat U lain akan menjadi rebutan pelajar- pelajar tahun akhir untuk menyertainya sebab once kau dah join kau akan dpt ilmu+kalau nasib baik boleh wakil U bertanding dengan U lain, tu sebab pertama. dua, kau dapat elaun. tiga, ada gak benda wow kau nak letak dalam resume nanti..orang kata modal nak jual diri la senang nak dapat kerja..huhu..empat, kau diberi keistimewaan nanti untuk membuat pinjaman dalam 50k selepas kau habis belajar untuk membuka perniagaan sendiri. pendek kata, berbaloi2 la kau korbankan cuti 2bulan untuk kebaikan jangka panjang. 



Macam- macam pengalaman baru yang aku lalui untuk bulan pertama ni yang bagi aku memang bestt la sebabnya aku dah rasa macam mana nak tebalkan muka membuat aktiviti promosi, duk pikir ayat power apa yang aku nak bagi kan nak hasut makcik2 sekalian datang kedai tengok barang...hahahaha!!! baru aku paham apa rasa jadi salesgirl. Paling tak boleh bla, pergi buat promosi ke sekolah, saja la gatal- gatal mulut jumpe guru besar nie nak jual 'minyak' last2 aku balik di sekolahkan oleh guru besaq tu...


cikgu besaq: awak bakal cikgu kan?
aku: insyaAllah cikgu...
cikgu besaq: awak nanti kena ingat, bila dah mengajar kat sekolah nanti jangan nak berjual2 macam nie kat sekolah..menyalahi etika keguruan ni, etika kerja..
aku: %^&*@
hahaha...susah untuk aku terangkan disini, walaupun belajar di Universiti Pendidikan terulung di Malaysia, belum tentu lagi aku kompom bergelar guru nanti..tapi mudah- mudahan rezeki untuk bergelar guru tu berpihak kat aku la nanti. Apa yang aku buat sekarang nie sekadar ingin menambah pengalaman, menambah ilmu, membantu orang lain dan mengisi masa terluang daripada habis terbazir camtu je duk umah. Bak kata mak aku, 
mengabih an bogheh yo...:) 

papepun aku enjoy dengan benda alah nie walaupun kadang- kadang stress sebab tak tahu nak buat apa. masa kerja kami fleksibel. Khamis nie pembentangan pertama kami depan pihak SME corp. Harap depa suka la dan tak banyak kena hentam..dush..dush!! amin....

akhir kata: isila masa lapang anda dengan aktiviti2 yang berfaedah dan menguntungkan!! lalala.


“CARILAH”


LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,



Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT



KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA 


,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT



BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .



JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA



BERSYUKUR KEPADA-NYA . Jadilah, PERMAISURI HATINYA


 , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan

LARA



Hey...Mr. ChokiChoki!


nama: Wan Amirul Mukhriz bin Wan muhamad
umur: 246bulan
sekolah pondok: UTP

jap....sapa masalahnya mamat nie?? 
dia bagi saya:
 *motivator*
*pak lawak*
*penceramah bebas*
*chef terkenal*
*genius*
*kanak- kanak riang*
*abang kawasan*
*doktor tidak bertauliah*
*pemain bola sepak utk kampung pokok pelam*
*pakar it*
*sempoi & simple*
*penyabar*
*penyayang*
*patriotik*
*suka cari pasal*
and...
and...
sweet lover!!!
ohooo...dia nie rupanya...^_*


hye awak!!! 
terima kasih ye chokichoki tu..
dah kenyang ke perut terus ke hati..






Teman Akrab

Mood exam sekarang nie tapi aku tetap steady…tak nak la menyerabutkan hotak. Bak kata teman karib zaman sekolah dulu, “study biar lepak, result biar gempak..” haha..akupun tak tahu la masih relevan atau tak aku berpegang pada prinsip muda- muda dolu nie.

Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi…ehhhh,pe kena mengena pulak kan..tak, maksud aku seiring dengan peredaran masa dan peningkatan usia dan kepelbagaian pengalaman hidup, teman yang akrab dengan kita pun akan berubah, silih berganti. Yeahhh!! Bila zaman bebudak dulu,teman akrab kita adalah mereka yang boleh duk main galah panjang bersama, main kejar- kejar bersama sampai kau jatuh guling- guling kena baling dengan selipar made in japan.  Bila zaman sekolah, teman akrab kita adalah mereka yang boleh rangka strategi bersama ponteng sekolah..haha…ok,aku memang nakal zaman sekolah..tapi lepas kantoi,insaflah wei,tu yang lepas belajo tetinggi nie.

Bagi aku teman akrab kita akan sentiasa berubah dan mereka ni yang mewarnakan hidup kita mengikut peredaran tahap tumbesaran kita…apa aku melalut nie..dan, mereka ni ternyata istimewa untuk aku sepanjang aku berada di tahap akhir remaja- dewasa..haha.. depa nie la tempat aku mengadu, gelak ketawa, menangis, berkongsi cerita, belaja sama- sama, tengok citer Hindustan sesame..nak bercakarpun dengan depa gak..hehe..pendek kata, panjang tak kata apa..”sentiasa bersama”.


mek d..orang kuat SRN, roomate wa.
ada, zila dan cik ayu..tak cukup sorang kalau yang bertiga ni ada event  at45.
1st day exam sem4..yang penting muka kompidennn macik- macik nie.
pergi Dewan Negara. kemana bersama..bakal- bakal senator gituuu..
tak kira tempat di mana jua kami akan posing sebab mek d suka  ambik gambor.
sempat posing lagi sebelum pergi kelas.
program ke rumah anak- anak yatim...muka- muka penyayang kan...lalala

memang wajib kitorg tiap- tiap sem berjalan..kali nie p genting!! wuhuuu...

apabila kita ingin berteman janganlah kerana kelebihannya..kerana mungkin dengan satu kelemahannya kita akan menjauhi dirinya.

muhasabah cinta

Adat di dunia mereka yang hadir dalam hidup kita datang dan pergi. Terkadang hati dilukai dan didustai. Yang datang kepada kita terdiri daripada pelbagai kategori..ada yang menyenangkan, ada yang perginya meninggalkan kesan ke atas diri ini. kata- kata indah dilempar, janji- janji manis ditabur namun belum pasti ditunaikan…itulah hakikat kehidupan di sini..

Untuk mencari dan memiliki permata yang berharga itu bukanlah mudah tapi jika diberi peluang akan digagahi dengan seribu satu cara sekalipun untuk menjadikannya kepunyaan diri  agar ia menyinari hidup ini..Tetapi tidak semua permata itu adalah permata kerana mungkin juga ia adalah kaca, seharusnya kita bijak meneliti…manusia mampu untuk memperlihatkan kebaikan yang palsu semata- mata untuk memperdaya keikhlasan hati insan lain…itulah realiti.

Walau apa pun yang terjadi..kembalilah kepada cinta yang teragung…Cinta Ilahi.

Tidak akan terhenti…tidak akan dikhianati..tidak akan didustai…

Jika cinta kepada Ilahi kita perbaiki nescaya cinta kita sesama manusia dan alam ini akan diredhai

Walau sejuta rintangan diberi, sejuta ketabahan akan menjadikan kita kuat untuk meredahi..

Hati jangan dibiar kelam, jiwa jangan dibiar hitam..

seiring masa setiap manusia perlukan perubahan yang baik dan mengharapkan pengakhiran yang baik jua..

Kehidupan yang tidak punya cerita turun naiknya tidak akan indah. Setiap babak ada pengajarannya..yang salah jangan diulang, yang betul jadikan pegangan..semoga bahagia itu milik kita di dunia dan akhirat..


Tuhan, jagakan dia...

   saat tiada lagi waktu untuk kita 
berjalan seiring

saat tiada lagi waktu buat kita
berkongsi cerita girang

cukup sahaja ku rapatkan jari jemariku...
menadah tangan
lalu mendoakan dirimu

dengan cara itu aku memohon
memohon agar Dia selalu menjagamu

Tuhan, ku pinta
jagakan dia untukku
jagakan dia agar airmatanya tak lagi jatuh
jagakan dia agar cintanya 
selalu penuh
untaikan senyuman di 
bibirnya
terangkan cahaya di matanya
hangatkan hari- harinya
agar selalu ceria
sinarilah malamnya agar
tidurnya lelap
beri dia mimpi- mimpi indah

tuhan, jagakan dia
agar cinta ini bersatu 

aku mohon...
tuhan, jagakan dia
untukku...

Nur Kasihmu...

Buat si dia yang bakal menjadi pemimpin kepada diri ini dan hati ini…

Untuk diri ini menetapkan ciri- ciri yang  diinginkan itu dan ini adalah tidak layak sama sekali kerana diri ini tahu si dia yang mendampingi diri ini adalah yang terbaik…anugerah dariNya.

Diri ini tidaklah rupawan, tidak juga hartawan apatah lagi sempurna. Kerana itu, dengan kehadiranmu di sisi ku kelak akan menyempurnakan hidupku. Jika diri ini salah, bantulah untuk diperbetulkan dengan berhikmah. Jika diri ini lemah, bantulah untuk memberi kekuatan.

Tiada apa yang diharapkan hanyalah kasih sayang yang ikhlas, sifat bertanggungjawab, memimpin diri ini yang sangat rapuh ke jalanNya..kerana separuh lagi hati ini,jiwa ini ada padamu. Semoga kehidupan yang bakal kita bina bersama kelak akan dilimpahi rahmat Allah swt dan bertemu kita di Jannah..insyaAllah.

Ku impikan kehidupan berkeluarga bersamamu, dirimu menjadi bapa kepada anak- anak comel, memimpin mereka, mendidik mereka..dan diri ini pula akan menjadi pembantumu yang setia. Sungguhpun jika wujud persengketaan dalam ikatan yang kita bina, diri ini berharap kita mampu untuk mengharunginya tanpa amarah dan ego yang menguasai akal fikiran sehingga hilang pertimbangan akal yang waras. Semoga kita saling memahami dan mengimbangi.

Diri ini tidak memandang rupa paras, harta kekayaan, darjat..Cuma cukuplah dirimu yang sederhana dalam segalanya..akan diri ini terima seadanya dan menyayangi setulus jiwa.

Tetapi…

Sehingga sebelum waktunya kita berdua bertemu dan disatukan, persiapkanlah diri. Sesungguhnya, mahligai cinta yang bahagia lagi berseri, ada harganya. Harganya, adalah persediaan dan usaha yang betul sebaik-baiknya, sehingga layak bagi kita untuk memiliki mahligai bahagia, kurniaan Allah s.w.t. Persediaan demi persediaan. Usaha demi usaha.

insya-Allah…diri ini akan menjadi kekasih sejatimu di dunia dan bidadarimu di syurga…

akan setia menantimu…

Seandai dirinya tercipta untukku relaku menjadi miliknya.           

 








semangat si kecil menakluk dunia

Entah mengapa ingatan ini masih kuat mengenangkan mereka..tidak henti- henti aku bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa. Aku dilanda tsunami kerinduan kepada anak- anak ini semasa menonton ulangan program imam muda bersama anak- anak yatim. 

Tersentuh melihat kegigihan mereka mengharungi hidup ini tanpa ibu dan ayah dengan usia mereka yang masih muda. Mereka begitu rapuh dalam berperasaan, dalam bertingkah laku bahkan untuk menuturkan bicara mereka masih kaku dan malu- malu.

Terlihat di mataku sifat bertanggungjawab seorang abang yang mungkin berumur dalam 8-10 tahun mencari adik kecilnya untuk disuapkan makanan tengah hari tanpa dia berfikir untuk mengenyangkan perut sendiri. Si kakak pula sukar untuk didekati dan kadangkala menangis tanpa sebab..menyentuh jiwa…sungguh.

Mereka ini anak- anak bijak..mereka ini anak- anak soleh dan solehah. Alhamdulillah, sekurangnya ada lagi pihak yang bertanggungjawab mendidik dan memberikan perlindungan kepada mereka. Siapa sangka ada anak- anak di rumah panti asuhan ini berjaya sehingga belajar ke jordan.

Teringat kepada seorang adik manis ini yang begitu rapat dengan aku sepanjang program berlangsung, Ajibah namanya..pada mula, dia agak pendiam namun setelah sepanjang program bersamanya aku tahu dia seorang yang bijak, seorang yang lebih matang daripada usianya dan tabah. Dia berasal daripada Sabah dan tinggal di rumah tersebut bersama seorang adik perempuan. Ajibah kehilangan ayah, tapi masih mempunyai ibu dan dia bukanlah dibesarkan dalam golongan yang kaya harta. Teringat kenangan manis dia tak mahu aku berjauhan dari dia, sentiasa mahu aku di sisinya, saat memeluknya, bermesra..itu yang membuatkan hati aku berat untuk pulang…nak rasanya bawa dia pulang bersama  tapi apakan daya…

Apa yang mengagumkan aku melihat mereka adalah semangat yang ada pada mereka…mungkin itulah kelebihan yang mereka ada untuk terus membina kehidupan…nak dibandingkan dengan aku yang ada kalanya agak rapuh..sesungguhnya setiap manusia itu punya jalan hidup mereka sendiri, tidak cukup rasanya  hanya 1hari bersama mereka dan aku harap mereka akan menjadi orang- orang yang berjaya suatu hari nanti..amin. 

Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim dan baginda mampu menjadi pemimpin terulung dan terunggul sepanjang zaman...

Hidup dalam realiti:Tak banyak pilihan tapi berhak memilih

assalamualaikum..
pergh!! tersangatlah lama tak update blog pink ni. dari sehari ke sehari berniat je lebih nak update blog. akhirnya, tercapai jua akhirnya..ececeh!

pejam celik, pejam celik sekarang sem 4. Baru je mula semester baru, agak risau juga tak tahu apa yang bakal dihadapi kan..tapi takpe,cik ayu kan tabah dan penyabar orangnya,(ye ke?). Minggu pertama ni biasalah sibuk dengan minggu add drop subjek maka ramai juga yang 'tuang kelas', lagipun lect tak start ngajar lagi, huru hara lagi hidup. Tak kurang juga ada yang semangat berkobar- kobar gitu dengan azam baru. Buktinya, awal- awal sem ni jela berkesempatan tengok diorang beratur panjang tunggu bas pergi kelas, makin naik minggu nanti makin pendekla barisan yang tunggu bas..hehe, (sumber: Hasil research setiap sem.)

Sedar tak sedar umurpun semakin bertambah angkanya. Rasa diripun dah semakin matang dan dewasa. Tiba- tiba teringat pesan lect kelas petang tadi, umur puncak bagi seorang wanita adalah 25tahun. Berbeza dengan lelaki, makin tinggi umur makin tinggi sahamnya. perempuan selepas umur 25 mula lah turun sahamnya. Nak dijadikan cerita menurut kajian, Malaysia ni antara negara yang ramai warga emas.  Perempuan ramai sangat yang educated, yang lelaki plak yang 'hado'. Lelaki pun agak cuak la nak meminang anak dara orang, lect aku ibaratkan keadaan sekarang, lelaki miskin dan perempuan terlalu kaya maka kuranglah perkahwinan berlaku dan tiadalah penyambung generasi dilahirkan. Yela, kalau dah pengantin perempuan lulusan degree, hantaran dah berapa belas ribu plak, mahu nya tak bengkok lelaki cari duit dengan tahap pendidikan dan kerja yang biasa- biasa.
checklist itu harus semua perempuan ada sebagai panduan tapi tak kan kita jumpa  yang sesempurna kemahuan kita.
(sumber: uncle google)
Lagipun, tengok sendirilah nisbah lelaki di universiti, 1: 4 je. Kalau camtu nampaknya kaum hawa kena belajar berkongsi la lepas nie, ngam- ngam cukup kuota..huhu. Tambahan, perempuan pun dah rasa cukup selesa dengan kehidupan dia yang serba mewah maka makin ramailah golongan andalusia bak kata mak den. Mana taknya, kerjaya ada, duit ada, harta ada, hidup pun bebas. Heyy, minta jauhla aku daftar dalam golongan ni nanti. Terpulangla kepada individu apa yang dia harapkan dan impikan. Jodoh, rahsia paling manis yang Allah simpan untuk kita kan.

Papepun, kejar cita- cita dahulu...dan menanti cinta. Usaha yang harus seiring tetapi tak la aku mendambakan cinta seorang lelaki selagi belum tiba waktunya. Ceh, dah mula belajar daripada kenangan lampau nampaknya aku ni,hehe.  Sekarang, hidup perlulah lebih positif kan dan harus dinikmati..gituuu!! perlu sentiasa bersyukur.