ingatlah wahai hawa...tak guna kau tangisi kehilangan cinta manusia

‎::♥ |Peliharalah DiriMu Wahai Kaum Hawa| ♥::

|Perempuan yang suci --->> Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah<<---
|Tidak sedikit pun Allah membenarkan Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya --->> Walaupun hatinya…
|Kerana Allah teramat mencintainya ♥

::Tetapi andai kita bergelumang Dengn --->> cinta lelaki yang palsu imannya <<---
::Di mana Allah untuk menjaga kita...Allah seakan melepaskan kita
::Kepada seorang manusia --->>Yang lebih banyak mengecewakan kita <<---

♥ Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri Supaya meninggalkan
--->> cinta seorang lelaki yang munafik <<---
♥ Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

::Mengapa masih ragu-ragu?
-->|Kekuatan|<-- usah ditunggu tapi harus dicari...
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

11.11.11: penunggu cinta vs jodoh.

Terinspirasi la plak. Celik je mata,mood pun ok..senyum,mengharapkan hari ini akan meninggalkan kenangan yang besh!

Semenjak dua menjak nie aku tetibe punya keinginan untuk mempunyai hubungan yang sah dan halal. Tapi…calon tak de,pfft!! Tak ada yang nak aku pun. In case,kalau ada yang nak aku pun..aku tak nak dia..paling cuwitt,aku nak dia,dia tak nak aku…hahaha!! Erk...

Ada masa aku rasa aku ni part time sebagai ‘penunggu cinta’..hmm,mungkin juga full time. Yee,full time menunggu mr.AR, part time menunggu jodoh sebenar.  Rasa macam berbaloi menunggu, tp macam tak. Harapan dan peluang tu ada tapi tak nak la terlalu menyerlahkan kebodohan diri ini.  Kalau dah jodoh tak ke mana..sorang kat pluto,sorang kat Marikh pun kalau dah jodoh bersama gak. Bila cermin diri, rasa macam tak layak berdiri di sebelah dia yang aku rasa hidupnya sempurna daripada aku.

Dalam menunggu haruslah berusaha juga. Maksud aku buat pelan A dan B. pelan A untuk berusaha menunggu dan mendapatkan dia, rasa ada peluang 0.5% pun teruskanlah.. untung sabut timbul. Pelan B, dalam masa yang sama bukalah hati untuk orang lain. Berkawan dengan ramai orang, kenal lebih ramai spesis lelaki tapi bukan berskendel dengan mereka. Pelan B ni sebagai senjata yang backup kita agar tak la rabak habis bila pelan A tak berjaya.  Tak de la nangis guling-guling atas lantai sakan..huhu.

Ok..fullstop.

Aku rasa aku nak kahwinlah…
11.11.11, aku mencipta perkahwinan idaman hari ni tapi seganla aku nak bercerita lebih detail sebab aku cuba buka mata aku bulat-bulat..ok..walaupun mata aku sepet, cuma yang pasti aku akan melalui gak detik bahagia yang aku harapkan bersama si dia, walaupun dia masih jauh entah kat mana pun aku tak tahu. GPS pun tak mampu detect lokasi si dia berada sekarang. Berusaha melengkapi diri  agar mampu menjadi yang terbaik untuk si dia kelak.

Berpijak di bumi yang nyata..banyak lagi benda yang aku tak mampu capai dan gapai walaupun aku cukup ketinggian,hehe. Yang paling utama…tok sah aku nak mimpilah CALON PUN AKU TAK JUMPA LAGI. ..ceet!!
penunggu cinta vs jodoh..1-1,seri.
yang ditunggu dan tak perlu ditunggu.

wordless wednesday #4: lupakan


tak perlu menyayangi orang yang tak ikhlas dan terpaksa menyayangi kita..

If something is meant to be, it will happen in the right time, with the right person, and for the best reason...♥