Nur Kasihmu...

Buat si dia yang bakal menjadi pemimpin kepada diri ini dan hati ini…

Untuk diri ini menetapkan ciri- ciri yang  diinginkan itu dan ini adalah tidak layak sama sekali kerana diri ini tahu si dia yang mendampingi diri ini adalah yang terbaik…anugerah dariNya.

Diri ini tidaklah rupawan, tidak juga hartawan apatah lagi sempurna. Kerana itu, dengan kehadiranmu di sisi ku kelak akan menyempurnakan hidupku. Jika diri ini salah, bantulah untuk diperbetulkan dengan berhikmah. Jika diri ini lemah, bantulah untuk memberi kekuatan.

Tiada apa yang diharapkan hanyalah kasih sayang yang ikhlas, sifat bertanggungjawab, memimpin diri ini yang sangat rapuh ke jalanNya..kerana separuh lagi hati ini,jiwa ini ada padamu. Semoga kehidupan yang bakal kita bina bersama kelak akan dilimpahi rahmat Allah swt dan bertemu kita di Jannah..insyaAllah.

Ku impikan kehidupan berkeluarga bersamamu, dirimu menjadi bapa kepada anak- anak comel, memimpin mereka, mendidik mereka..dan diri ini pula akan menjadi pembantumu yang setia. Sungguhpun jika wujud persengketaan dalam ikatan yang kita bina, diri ini berharap kita mampu untuk mengharunginya tanpa amarah dan ego yang menguasai akal fikiran sehingga hilang pertimbangan akal yang waras. Semoga kita saling memahami dan mengimbangi.

Diri ini tidak memandang rupa paras, harta kekayaan, darjat..Cuma cukuplah dirimu yang sederhana dalam segalanya..akan diri ini terima seadanya dan menyayangi setulus jiwa.

Tetapi…

Sehingga sebelum waktunya kita berdua bertemu dan disatukan, persiapkanlah diri. Sesungguhnya, mahligai cinta yang bahagia lagi berseri, ada harganya. Harganya, adalah persediaan dan usaha yang betul sebaik-baiknya, sehingga layak bagi kita untuk memiliki mahligai bahagia, kurniaan Allah s.w.t. Persediaan demi persediaan. Usaha demi usaha.

insya-Allah…diri ini akan menjadi kekasih sejatimu di dunia dan bidadarimu di syurga…

akan setia menantimu…

Seandai dirinya tercipta untukku relaku menjadi miliknya.           

 








No comments: