Entah mengapa ingatan ini masih kuat mengenangkan mereka..tidak henti- henti aku bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa. Aku dilanda tsunami kerinduan kepada anak- anak ini semasa menonton ulangan program imam muda bersama anak- anak yatim.
Tersentuh melihat kegigihan mereka mengharungi hidup ini tanpa ibu dan ayah dengan usia mereka yang masih muda. Mereka begitu rapuh dalam berperasaan, dalam bertingkah laku bahkan untuk menuturkan bicara mereka masih kaku dan malu- malu.
Terlihat di mataku sifat bertanggungjawab seorang abang yang mungkin berumur dalam 8-10 tahun mencari adik kecilnya untuk disuapkan makanan tengah hari tanpa dia berfikir untuk mengenyangkan perut sendiri. Si kakak pula sukar untuk didekati dan kadangkala menangis tanpa sebab..menyentuh jiwa…sungguh.
Mereka ini anak- anak bijak..mereka ini anak- anak soleh dan solehah. Alhamdulillah, sekurangnya ada lagi pihak yang bertanggungjawab mendidik dan memberikan perlindungan kepada mereka. Siapa sangka ada anak- anak di rumah panti asuhan ini berjaya sehingga belajar ke jordan.
Teringat kepada seorang adik manis ini yang begitu rapat dengan aku sepanjang program berlangsung, Ajibah namanya..pada mula, dia agak pendiam namun setelah sepanjang program bersamanya aku tahu dia seorang yang bijak, seorang yang lebih matang daripada usianya dan tabah. Dia berasal daripada Sabah dan tinggal di rumah tersebut bersama seorang adik perempuan. Ajibah kehilangan ayah, tapi masih mempunyai ibu dan dia bukanlah dibesarkan dalam golongan yang kaya harta. Teringat kenangan manis dia tak mahu aku berjauhan dari dia, sentiasa mahu aku di sisinya, saat memeluknya, bermesra..itu yang membuatkan hati aku berat untuk pulang…nak rasanya bawa dia pulang bersama tapi apakan daya…
Apa yang mengagumkan aku melihat mereka adalah semangat yang ada pada mereka…mungkin itulah kelebihan yang mereka ada untuk terus membina kehidupan…nak dibandingkan dengan aku yang ada kalanya agak rapuh..sesungguhnya setiap manusia itu punya jalan hidup mereka sendiri, tidak cukup rasanya hanya 1hari bersama mereka dan aku harap mereka akan menjadi orang- orang yang berjaya suatu hari nanti..amin.
Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim dan baginda mampu menjadi pemimpin terulung dan terunggul sepanjang zaman...
No comments:
Post a Comment