Meh sini aku nak kasi bukak itu mata para belia yang merokok di luar sana. Aku memang anti- perokok. Kalau ye pun nak membunuh diri secara halus janganlah nak melibatkan manusia sekitarnya yang mahukan kehidupan yang bebas asap yang membawa 1000.99 penyakit. Pergilah terjun jambatan ke, perigi buta ke baru mencabar, haha!!. Jom kita skodeng apa yang perokok nie fikir bila dia merokok tetapi tidak bagi mereka yang tidak merokok..
Mitos: “bila merokok baru nampak dewasa bro!!”
Faktos: Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih matang, dewasa dan sihat kepala hot nya. Mereka yang merokok sebenarnya tak yakin dengan diri sendiri.
![]() |
err, aku rasa selebet lagi macho kot.. |
Mitos: “kau nak senang dapat kawan tak?? Cer kau kepul- kepulkan asap kat muncung kau, baru berduyun orang nak mengaku kau kawan bro,otai!! silap-silap awekpun melutut sebab ko macho sangat.”
Faktos: ha,ni jenis kawan pembunuh ni, siapa nak berkawan dengan orang yang hobi bakar duit secara tak nampak. Awek pun tak nak dekatlah bro, kami kaum yang kiut miut nie tak minat lelaki merokok..sikitpun tak macho, kami nampak masa depan hancur bersama jejaka macam nie adala nampak selekeh bak ayam selebet usop sontorian.
Mitos: “aku nak cari ilham lah, ilham aku akan mari bersama asap- asap putih nie..”
Faktos: Merokok sikitpun tak mencetuskan ilham tetapi merosakkan organ yang melahirkan ilham itu..ni semua adalah penyakit ketagihan. Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara waras.
Mitos: merokok tu ubat langsing..ceett!!

(p/s penaja: jauhilah rokok.. rokok tak baik untuk kesihatan..katakan TAK NAK pada rokok..bulan puasa ni peluang untuk perokok hidup sihat, jangan puasa makan minum jer tapi tak puasa daripada merokok.)
4 comments:
mmg x suke perokok...x kira dpn anak kecil pun selamba derk hembus asap rokok...pasif smoker lebih berisiko tinggi menghidap kanser akibat asap drpd smoker tu sendiri...huhu
@Suhana Supian
sangat sokong..kasihan kepada kita yang mahu merasa hidup lama nie..:)
HEHHE
gua baru terpandang ada muka ayam slebet tuh...HAHA
gua rindu cerita tuh.
@haikalblank
hehehe...selebet tu macho, wa slh sorang peminat setia selebet usop sontorian..haha..
Post a Comment