Apo plak tanyo pasal adat den..

Den nak kongsi sikit tontang kisah asal usul noghori similan dan den suku biduanda(dondo). Al-maklumlah den anak jati noghori..kok nak tahu meh baco, kok tak nak silo abaikan sumo eh nie..hehe. Den bukan apo, dah maleh nak menghadap bermacam- macam pertanyaan tontang hukum hakam adat popatih tambah pulak bilo bab adat pusako. Lelaki dari noghori lain takut amek kok kawin dongan pompuan nisimilan. Den torangkan sikit kek sini…setakat yang den tahu la yo.
tompek lahir den..


Pada permulaan abad ke- 14 Masihi orang- orang Sumatra dari Tanah Minangkabau datang ke Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Suku biduanda adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku biduanda sahaja yang akan dipilih. Terdapat 12suku di Negeri Sembilan.

Nak tahu tak kenapa hanya Negeri Sembilan yang tidak digelar sultan? Sebabnya, raja di Negeri Sembilan asalnya dijemput oleh pembesar- pembesar negeri dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan maka mereka menggunakan gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato’ Perpatih Nan Sebatang yang merupakan pengasas adat pepatih.

Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Keutamaan wanita dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Dari segi harta, hanya harta pusaka iaitu tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya diceraikan oleh suami. Lelaki mampu untuk mencari hartanya sendiri. Harta sepencarian pula adalah milik bersama lelaki dan wanita dibahagi mengikut syarak. Oleh itu, beruntunglah mereka yang mengahwini wanita Negeri Sembilan, bukannya kami mengikis harta suami ok..

(p/s: den dah maleh nak jawap solan yang ntah papo..orang dah tak hondak, den laie tak hingin. tak kona mako eh tak cinto!!)

No comments: