tips-tops raya: persediaan balik kampung

Tinggal beberapa hari lagi umat islam akan meninggalkan Ramadhan untuk menyambut ketibaan Syawal. Masing- masing mulalah sibuk tak menang tangan shopping raya. Ha! Shopping pun dah..jom kita balik kampung!! Hoorayyy!!.. jom kita tengok apa persediaan yang patut kita buat sebelum pulang berhari raya di kampung halaman.

Tiket
Bagi yang menaiki kenderaan awam seperti bas, kereta api dll, anda dinasihatkan membeli@ menempah tiket pergi dan balik lebih awal. Tapi, kalau dah waktu macam ni p beli tiket bas memang beraya di perantauan la jawapnya..tiket habis dah,waaa!!!-apa pun tak boleh sambil gigit jari-

Buah tangan atau hadiah
Bila balik ke kampung tu janganlah membawa diri sendiri je, apa kata bawa la balik apa yang patut. Contohnya, kuih raya sebalang-dua ke, baju Melayu untuk abah ke, baju kurung untuk mak, untuk adik-adik, jiran-jiran sekampung  dan kalau ada bajet lebih bolehlah belikan baju Melayu@ shawl satin tuk kekasih hati, ehem.. boleh pakat- pakat sedondon keliling kampung nanti kan..hehe.

*Duit raya
Yang ni pula bagi mereka yang telah berkerjaya, bagi yang belum..sila tadah tangan untuk menerima duit raya sahaja ye..hehe. Sediakan duit raya untuk makabah,adik- adik, dan anak buah. Bajetkan berapa ringgit yang harus diberikan..jangan sampai makan meggi je lepas raya ni dahla sebabnya terlalu pemurah bagi duit raya lebih sangat dan shopping sakan tak hingat duniawi sebelum raya.

*pemeriksaan kenderaan
Yang ni bagi mereka yang pulang ke kampung dengan kenderaan sendiri. Pastikan tayar kereta mempunyai angin yang cukup, penting untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Selain itu, silalah merajinkan diri untuk menservis kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Kalau sempat, p la hantar ke ‘car wash’ kereta tu kalau mampu basuh sendiri lagi bagus, biar berkilat..keretapun nak raya gak, nak nampak cantik gak..baru semangat nak balik kampung..lalala.

(p/s: aku dah memang 4bln tersadai kat kampung..hehe)

No comments: