cintun: gegurl jangan buat macam nie, 'sentap' boboy tau.

ini adalah tips tops berdasarkan pemerhatian aku terhadap gegurl's dan boboiboy boboy yang cemerlang dalam kertas ujian cintuns..

4 rahsia yang tak perlu gegurl bagitahu boboy:




"gegurl suka dengan......"
opss!! sila jangan selesaikan ayat di atas di hadapan si dia. Tak kisahlah sungguhpun niat sekadar mahu bergurau dengan memuji kesegakan serta ke-macho-an  lelaki lain tanpa niat untuk curang, lelaki tetap pantang...yakni,pantang dengar. nanti kecik hati si dia, ego la katakan awek duk puji orang lain pulak. 
Bandingkan si dia dengan kekasih gegurl yang dulu.
Rasanya tak ada siapa suka diri dibandingkan dengan orang lain terutama hal yang buruk- buruk. Yela nak- nak cakap camni, "boboy..nak tahu tak pangai boboy yang sekian- sekian, sama je huduhnya dengan ex-gegurl yang dulu tau..". haha!! Memang terus terang berani matilah awek macam ni. Awas,walaupun gegurl guna bahasa indah sekalipun si dia tetap 'sentap'..ouuch!! pedih, memang stok kena tinggal awal la gegurl camni.

Kecurangan gegurl
Ok,kita semua sedia maklum bahawa kaum gegurl ni sangatlah jujur sejujurnya, Sungguhpun nak buktikan kejujuran tu dek non oi, janganlah p lurus bagitahu yang gegurl pernah menduakan, mentigakan si dia sebelum ni. walaupun dia cakap 'takpe', namun dia mungkin akan menyimpan dendam dan mengingatinya sampai bila- bila.(kalau lelaki buat camni pun kita sentap+ emo kan). Hilanglah kepercayaan dia terhadap gegurl.

Magic word...."bosan!"
jauhilah perkataan ni. mungkin niat gegurl nak dia berubah untuk jadi lebih matang tapi tak mustahil si dia menganggap lain dan mula beralih arah..tukar angin uolls!! masa tu, dek non jugak yang gigit jari yang runcing tu..opss!! hehe..

(p/s: macam- macam hal orang bercinta ni, baik lelaki mahupun perempuan kalau nak berlaku jujur dalam perhubungan sekalipun biar berpada- pada..)

(nak lagi feel p bukak playlist kat bwh tu cari lagu ‘lelaki cadangan’, khas untuk gegurl yang ramai 'peminat dan pemenat'..haha..ceewah!!! tak baik menduakan, mentigakan..tetapi anda berhak untuk memilih yang terbaik..cett!!)

No comments: