Mitosfiktos: menarik tentang orang kidal

Orang yang cenderung menggunakan tangan kirinya untuk melakukan apa pun terutamanya menulis sememangnya istimewa dalam erti kata lain..ehem, akulah tu. Namun, kadang- kadang orang tangan kidal ni selalu kena ‘bahan’ gak sebab kepelikan mereka yang kidal tu(biasa dah kena, lali dah). Jom kita tengok serba sedikit fakta orang kidal ni…


definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan.


aku lah tu..
Fakta
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
- Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan.

2. Kesukaran bagi individu kidal:
- Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

- Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, komputer (tetikus), peralatan dapur, kerusi meja(kerusi kuliah). Ini memang menjadi masalah untuk aku bila kena guna meja kuliah dan juga pengupas kulit kentang. Alamatnya, mahu gak aku kupas kulit sendiri nanti kan..huhu. kalau guna gunting plak, nganga2  la mulut aku nak adjust arah gunting tu.

3. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. sememangnya orang kidal lebih kreatif dan berseni, tidak dinafikan lagi.

Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.

4.  Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.

5.  Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

6. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dpt dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

7.  Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

9. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

10. Individu Kidal, Individu Elastik

11. Orang kidal pintar??
- Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak.



12. individu kidal yang berjaya.
- Bill Gates,  Saidina Umar Al-Khattab, Beethoven, Oprah Winfrey, Lieonel Messi (Bolasepak), aristotle, albert einstein, isaac newton, barack obama, man kidal dan ramai lagi.


(p/s: semua makhluk ciptaanNya adalah istimewa terutama sekali manusia..maka tidak perlulah kita saling menjatuhkan antara satu sama lain. Semua manusia punya kelebihan dan kekurangan, perlulah kita saling melengkapi. Oleh itu, aku bangga dan bersyukur menjadi manusia kidal…. )

6 comments:

urzain hussain said...

fakta untuk orang tangan kanan ..??

!meimei cik ayu! said...

@urzain hussain
kena tunggu hari tangan kanan plak la..hehe...

Allya Syahirah Riff said...

suka tengok org kidal :)

Atiqah Wadiah said...

hik3..kita sama lah..sy pon kidal n i proud to be lefthanded..weee ^^

!meimei cik ayu! said...

@Atiqah Wadiah
wah..suka2!! yeay2!! kite ad psamaanla...sepet dn kidal..hehe

!meimei cik ayu! said...

@Allya Syahirah Riff
sbb kami pelik..hehe