Talasemia: Terpanggil hati ini...

Terpanggil pula nak kongsi  info yang tak seberapa tentang talasemia. Selama ni aku ambil mudah tentang penyakit talasemia, aku ingatkan tak la bahaya sangat . Plus, adik si dia penghidap penyakit nie,muda lagi umurnya..dah terpaksa menanggung ujian yang maha hebat begitu juga keluarga dia. Simpati..dan aku sendiri perlu sedar akan bahaya penyakit ni..kita semua perlu ambil tahu.



UMUM

Talasemia ialah satu penyakit yang diwarisi iaitu penyakit kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah atau penyakit umur sel darah merah yang lebih pendek daripada orang biasa. Jangka hayat sel darah orang yang normal adalah 120hari tetapi penghidap penyakit,  jangka hayat selnya tak lama sebabnya hemoglobin mereka gagal dihasilkan. Sel darah mereka berlubang macam donat  dibawah mikroskop berbanding dengan individu yang normal tidak ada lubang.



TANDA-TANDA PENYAKIT
§  Keletihan yang teruk.
§  Sesak nafas.
§  Jaundis.
§  Limpa membesar.
§  Kecacatan tulang.
§  Tidak boleh tidur lena.
§  Selalu penat melampau.
§  Hilang selera makan.
§ Muntah selepas makan.
§  Pening kepala yang berpanjangan.

JENIS- JENIS TALASEMIA
§  Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa dan tidak memerlukan rawatan.
§  Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia. Talasemia major berlaku apabila gen yang cacat diwarisi daripada kedua-dua ibu dan bapa. Jika ibu atau bapa merupakan pembawa ciri Talasemia, mereka boleh menurunkan ciri ini kepada anak-anak mereka. Jika kedua-dua ibu bapa pembawa ciri tersebut maka anak-anak mereka mungkin merupakan pembawa atau mereka akan menghidap penyakit ni.

Rawatan penyakit.
  • §    Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • §  Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • §  Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • §  Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
 (Pengidap talesemia major, tidak ada treatment yang dapat membuang terus talesemia dari hidup mereka. Ini adalah penyakit keturunan dan akan turun lagi sampai bila-bila.)

Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia major?
Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.

Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, perlulah bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan. Bakal pasangan perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.

Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.

PENJAGAAN SENDIRI
  • §     Elakkan makanan dengan kandungan ferum yang terlalu tinggi seperti daging merah dan hati.
  • §     Dapatkan imunisasi mengikut jadual terutama pelalian hepatitis B untuk melindungi mereka daripada jangkitan akibat pemindahan darah.
  • §     Sesetengah kanak- kanak yang lebih tua terutama yang telah baligh cenderung mendapat ulser kaki terutamanya di keliling buku lali. Mereka yang mengalami ulser ini dinasihatkan mengelakkan buku lali daripada terhantuk dengan memakai stoking dan menggulung bahagian atasnya untuk melindungi tulang kering.
  • §     Tingkatkan peredaran darah sebaik mungkin di bahagian buku lali dengan meninggikan kaki melebihi paras jantung. Tidur drngan kaki yang ditinggikan sedikit.
  • §     Kebersihan dan kesihatan harus dijaga terutamanya di tempat Desferral disuntikkan ke dalam badan.

(p/s: jom kita p derma darah..kita bantu mereka yang memerlukan. Perlu diingatkan 1 dari 20orang rakyat Malaysia adalah pembawa talesemia (talesemia minor). Khas untuk adik si dia  Fahda Nur, semoga adik cepat sihat ye..adik mesti kuat,yeay!! gugurl power..cayunk dye..)


2 comments:

Muiz Ilusinasi said...

sy penderma darah yg tegar..3 bulan skali..^^

!meimei cik ayu! said...

@Muiz Ilusinasi
pergh!! anda memg terbekla..:)