zaman aku sekolah rendah: 2 permainan paling "HOT" dalam kelas.

Tuu diaa!! teringat zaman sekolah rendah dolu2..meh aku nak senaraikan 3 permainan paling malatop bila ada masa lapang dalam kelas. aku tak taula korang pernah ke tak main benda- benda nie..jom!!




Teka Pencuri
permainan ini memerlukan 6orang pemain. Benda paling penting kau selongkar bawah meja,ok nampak banyak buku tuliskan?? pastikan buku garis satu, koyakkan sehelai je kertas daripada buku latihan sekolah tu dan nak 6cebisan kertas je,haha.
Di atas kertas tu tulis pencuri, polis, hakim, peguam, tukang pukul, suri rumah..then, gulung kertas tu comel-comel. Seterusnya, kita buat undian menggunakan kertas yang digulung tadi, masa ni siapa yang cabut undian surirumah dan polis sila mengaku ye.

suri rumah kononnya call polis buat aduan barang hilang(waktu ni la barang yang hilang tu bukan- bukan je jenisnya cth: tapak kaki,gigi palsu dll..hehe). Kes akan disiasat,siapa yang jadi hakim dan peguam perlu mengaku. Mereka berbincang dan acah- acah 2orang kawan yang belum kita kenalpasti identitinya. cewaah!! sehingga hakim membuat keputusan untuk menangkap siapa antara mereka berdua. 
ha!! kalau orang yang diteka hakim tu adalah tukang pukul,maka hakim akan dijatuhkan hukuman(tapak tangan kena pukul dengan pmbaris je.) kalau hakim teka pencuri yang betul, suka hati hakim tula nak arahkan tukang pukul tuk pukul-pukul manja tapak tangan pencuri tu dengan pembaris dengan jumlah yang telah ditetapkan.

hasil kajian: permainan ni agak bising kerana masing-masing nak selamatkan diri daripada dituduh dan menuduh. so, tidak sesuai dimainkan jika waktu itu cikgu arahkan ketua kelas catat nama budak yang bising di papan hitam bila cikgu tak masuk kelas.


Bingo!
alatan yang diperlukan:
pensil kayu 2b
sehelai kertas kosong buku latihan matematik

cara:
dua orang pemain,setiap seorang akan menulis nombor 1-25 mengikut strategi masing-masing di dalam kotak 5x5. Setelah selesai menggunakan sistem giliran pemain akan menyebut nombor yang dikehendaki sehinggalah habis semua numbor dihitamkan samaaada melintang,menegak atau menyerong asalkan 5nombor sebaris yang gelap dulu. Pemenang dikira berdasarkan siapa yang berjaya mendapat 5garisan binggo dahulu.
nie bingo lain sikit.

hasil kajian: Bolehla kalau nak main tapi bila menang jangan menjerit excited sangat, tak pasal- pasal nama diabadikan pada papan hitam sebab bising. Kalau nak sebut nombor tu dengan kawan sebelah,silalah berbisik je. haha!!









(p/s: rindu zaman sekolah rendah..waktu nie tak payah nak pikir macam- macam hal. Hinguspun meleleh je lagi..ahaks!!)

4 comments:

haikalblank said...

HAHAHA aku pernah main binggo, tapi game first tak pena..maybe dak laki tak main kot kat tempat aku..HAHA

lu mengimbau kenangan lama ni beb...hehe

!meimei cik ayu! said...

@haikalblank
haha..yela kot, dak laki suka main bola yg dowg buat sendri guna kertas buku latihan..haha..ye tak?? :)

Izreen said...

hahaha...paling famous bingo...cikgu belaja kt dpn ktorg dok blkg main bingo...best kot...

!meimei cik ayu! said...

@Izreen
betul2..lepaz 2 pandai2 cover line kan kalo cikgu mcm dpt agak kita tgh buat bnda lain xfokus kat dia..haha..