lelaki oh lelaki!!

    pernah 1malam aku duduk lepaking dengan adik perempuan aku sampai kami tak jadi tidur awal..see,betapa hot topik kami malam tu. kami cuma membuat kesimpulan, lelaki ni susah nak difahami kerana..
cer citer..cer citer...


sebab 1
kita layan dia baik yela dah fitrah perempuankan lemah lembut,sopan santun..tup2,depa duk simpan perasaan kat kita. padahal,kita niat baik nak berkawan sahaja. kita tak layan, depa tuduh kita sombong. kita berkasar, depa bagi soalan kat kita pula,'err,kau ni perempuan ke?'. 

sebab 2
ada segelintir lelaki boleh cakap 'kelembutan wanita menyeksa jiwa mereka'. yellow!! apa ke 'hair' nie yob?? mereka lebih suka kita tengking- tengking mereka kalau kita tak suka mereka. tapi dalam situasi lain perempuan fikir, jadi masalah kalau dat girl cakap cara kasar tiba-tiba dia hantar momok santau kita nanti, nayala macam ni.


sebab 3
aku tak faham la lelaki ni muka tak seberapa hensem tapi duk test market nak yang cun. bila tengok perempuan tu tak seberapa nak comel+cun, amboi!! sedap mulut mereka tak hingat dunia mengata perempuan tu sekian- sekian. ceh!! bro,cermin dulu rupa dan perangai tu, biarlah seiring sejalan. kalau kami ni tak cukup baik hati dah lama orang mcm cik abang yang tak seberapa tu kami tak terima nak dibuat kekasih, bakal suami.


sebab 4
in other case, bila depa duk tanya kita macam ni,'wei, kau rasa aku ada tak tersenarai dalam ciri-ciri lelaki idaman ko?' perempuan pun jawap dengan baik hati,'eh,adala..semua lelaki ada dalam ciri-ciri senarai aku' lelaki tu balas,'kau ni memilih la.' so,motiff?? dah perempuan ni dipersalahkan sebab memilih pula bila tak kata dia seorang sahaja yang tersenarai. padahal, perempuan tu ikhlas dengan penyampaian dia. maknanya, dia tidak menetapkan apa- apa standard terhadap lelaki pilihan dia and yes!! perempuan harus memilih tapi jangan tanya kenapa!! bro tengok keliling alam ni berapa ramai kaum bro yang berkualiti dan boleh menjamin masa hadapan yang selamat dan bahagia untuk kami kaum yang comel+lemah lembut ni.


(p/s: mungkin tak semua lelaki macam ni tapi memang ni la hakikat perangai lelaki. depa ni kaum yang sukar untuk dimengerti, ada masa mood depa baik,sweet la depa ni jadinya. untuk para jejaka ye nak buat announcement sikit, semua perempuan kat alam raya ciptaan illahi ni comel+cun ok!! jagalah kami sebaiknya. for girls, kita..sabor jela. peace!!)

No comments: