Motifbasi: Bukan masa bersenang lenang.

Ramadhan bukanlah bulan untuk kita berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti berfaedah hanya dengan alasan kita berpuasa, tiada tenaga. Istirehat bagi seorang mukmin itu adalah kelalaian, waktu yang luang adalah pembunuh dan pengangguran adalah kebatilan. kebanyakan manusia yang bersusah hati, berdukacita dan bersedih itu ialah manusia yang menganggur tiada pekerjaan. Hanya angan- angan sebagai teman dan menjadi khabar angin yang tidak berguna. Itulah kerugian yang diperoleh oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yang bermakna dan membuahkan pahala.




Oleh sebab itu, bergeraklah dan bekerjalah, berlatihlah dan kaji sesuatu, tidak putus mencari ilmu yang bermanfaat, bacalah al- Quran dan bertasbihlah, tulislah sesuatu yang berguna dan ziarahlah sahabat handai. Manfaatkanlah waktu yang ada dengan sebaiknya, dan jangan dibiarkan walau sedetikpun waktu itu berlalu dengan sia- sia. Sehari sahaja dibiarkan waktu kita kosong tanpa sebarang aktiviti maka kesedihan, kedukaan, kemurungan, kecemasan dan keraguan akan datang menyapa diri dan menghuni hati. Apabila berlaku demikian maka kita akan menjadi lapangan permainan syaitan.

Ayuh, sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, kita bersama- sama mendidik hati sanubari kita untuk menjadi insan yang lebih baik di sisiNya..amin..

2 comments:

Chachos Cheezy Wedges said...

slmt berpuasa!! semoga ibadat kte d terima.. ngee~~

!meimei cik ayu! said...

@Chachos Cheezy Wedges
mudah2an..amin..selamat berpuasa juga ye..:)