Cinta Tak Bersyarat.




        Seharian lagu ni menemani aku, dah berapa kali aku duk dengar lagu ni.ntahla..lagu ni meninggalkan kesan yang mendalam kepada incik hati ni. 

        Cinta sukar untuk kita ungkapkan. untuk aku ungkapkan kepada seseorang, aku tak mampu dan tak berdaya. sudah pasti dia tak mengerti apa yang aku cuba sampaikan. aku hanya mengharapkan suatu hari nanti dia mengerti maksud aku dan menyelami hati ini.

        Semoga hubungan persahabatan yang kami bina ni berkekalan dan punya ruang mahupun ruang untuk aku terus berharap. bak kata dia, dia menunggu pilihan hatinya mencari dirinya,dirinya tak akan mencari cinta. apabila mendengar ungkapan yang terbit dari bibirnya, ada sedikit kekesalan di ruang hati ini, barangkali bukan aku pilihan hatinya. 

        Masakan untuk gadis seperti aku yang tak punya rupa paras yang menawan, jauh darjat daripadanya akan menjadi pilihannya. Mungkin benar sebelum ni aku keliru dengan kata- katanya, tingkah lakunya yang begitu baik terhadapku. Tipulah kalau aku katakan tidak tercalit kelukaan dengan apa yang telah dia lakukan terhadapku. Tidak mengapalah, marahku bukan lamapun, aku tak pandai nak marah orang lama- lama, mungkin apa yang dia lakukan ada sebab yang aku tak tahu dan mungkin dia keliru dengan diri serta perasaannya. sekurang- kurangnya aku pernah menjadi tutor kepadanya tentang perempuan. Al-maklum lah, kamus hidupnya selama ini tak terbit pula perkataan 'perempuan'..hehe,dia pelik dan unik,itu sahaja yang mampu aku gambarkan tentang dirinya yang selebihnya?? opss!! biarlah menjadi rahsia diriku. kenangan yang pernah tercipta biar aku simpan selamanya..indah.

        Walaupun dia tak akan pernah tahu isi hati aku terhadapnya tetapi cukuplah hubungan kami sebagai sahabat tidak putus. itulah aku, insan yang sukar untuk jatuh cinta dan menyatakan cinta. apapun, aku akur dengan takdirNya mungkin kami tidak mampu menjadi pasangan merpati dua sejoli tetapi kami mampu menjadi sahabat yang sentiasa di hati..amin. 
aku lepaskan CINTA ITU PERGI...


ingatlah kawan- kawan..
biarkan cinta itu pergi..
cinta yang sejati akan kembali..
kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati..
cinta agung hanya dari Illahi..
yang akan kekal abadi..


(p/s: selepas ni, saya akan kembali normal,hehe...dan shengal..Walaupun sahabat baik saya cakap,"orang boleh tahu samaada kita betul2 gembira atau tak melalui mata kita". tapi saya jawap, "xde sape leh nampak..sebabnya mata I nie sepet dan kecil,hehe".)

1 comment:

hanim! said...

sepet ler sangat..hahaha