andai mereka tahu...

Andai mereka tahu…
Aku sangat sayangkan mereka. Tak kiralah walau apa pun yang dah jadi, di hati aku..aku tetap sayangkan mereka. Sesungguhnya mEreka yang pernah hadir dalam hidup aku sememangnya yang terbaik..sejuta kemaafan aku pohon daripada sahabat- sahabat ku atas perbuatan aku selama kita bersahabat…

Teman sepermainan.
Mereka sentiasa menjadi teman aku semasa aku kecil. Kami main galah panjang,kejar-kejar. Seronok..erti persahabatan zaman kanak- kanak. Kami berempat..seorang berperwatakan ala- ala hero Hindustan, seorang nakal yang dalam diam, seorang lagi kasar tetapi cantik. Kami rapat..ingat lagi salah seorang daripada mereka suka menceritakan tentang mimpi- mimpi dia, sanggup mencari aku walaupun pada waktu malam semata- mata ingin berkongsi mimpi bersiri dia. Yang seorang lagi,walaupun dia seorang yang kasar namun hatinya mulia, Keluarganya pun baik dan jadi keluarga angkat aku kini walaupun kami berjauhan. Namun, takdir penentu segala-galanya..kami terpisah,seorang pindah ke Perak. Sampai sekarang aku tak jumpa dia lagi. Yang seorang lagi,siapa sangka takdir hidupnya,belajar setakat tingkatan 3 sahaja,keluarga bermasalah dan tempiasnya terkena pada dia tetapi dia seorang yang sangat tabah. Paling tidak aku sangka…aku telah pun kehilangan seorang sahabat untuk selamanya..kemalangan 2tahun lalu..apa yang paling aku kesali, aku tak sempat untuk mengungkapkan kata sayang pada dia kerana aku pernah menyayangi dia lebih daripada seorang sahabat dahulu..al- fatihah..semoga rohnya tenang di sana.

Teman zaman persekolahan
Walaupun pada awalnya kami memang sekelas daripada tingkatan 1, kami tak rapat pun pada awalnya. Masa tingkatan 3,keadaan berubah..kerana semangat setia kawan sekelas yang kuat untuk melindungi kawan sekelas iaitu aku(nakal sikit je time 2,hehe),kami semakin hari semakin rapat dan akrab sehingga sekarang walaupun susah untuk berjumpa dengan mereka..al maklumlah,sibuk dengan kehidupan masing- masing. Semua kisah kami kongsi bersama, minat terhadap muzik pun kami kongsi bersama. Dua- dua genius, beruntung aku..walaupun mereka bijak tetapi mereka tak pernah buat aku rasa aku sangat bodoh,kami saling memerlukan. Hal pelajaran mereka yang pertama, paling penting perangai sempoi tak ada plak yang overact. Yang seorang sangat feminin, yang seorang lagi brutal..kami bertiga sentiasa bersaing untuk dapat yang terbaik tatapi tak pernah timbul pula rasa iri hati, cemburu atau cakap belakang. Bila ada rasa tak puas hati,kami akan setle face to face. Bila belajar kami belajar sama- sama, bila lepak kami lepak habis- habis. Tagline kami, study bia lepak..result bia gempak..eppykan mak bapak. Kami pegang kuat prinsip 2. Alhamdulillah, kami bertiga berjaya tetapi haluan kami berbeza, berubah 360 darjah. Mereka sahabat yang terbaik yang pernah aku ada walaupun masa 2 aku seorang je la yang tak bernasib baik bab cinta berbanding mereka(bahagia sampai sekarang,aku gak yang kucar kacir hidup bab cinta),hehe…memamg aku paling sayang mereka ni,tak kira la walaupun mereka dah jumpa sahabat yang lain dan aku ni hanya kisah silam mereka. Waktu inila aku belajar erti persahabatan sebenar,cinta,kenakalan,semangat melindungi,memahami dan macam- macam lagi la…mereka sentiasa di hati.

Teman zaman universiti
Walaupun baru lagi, tetapi aku amat menghargai mereka dan menyayangi mereka. Andai mereka tahu kan…sangat bahagia aku bila sahabat aku sekarang adalah seorang yang sangat terkenal,tak lagi aku dengar keluhan dia yang macam dulu. Dia selalu cakap tak ada sape menghargai kerja dia. Tetapi aku tak tahu lah apa yang membuatkan kami tiba- tiba tak rapat lagi dan tiba- tiba macam orang yang tak pernah kenal. Aku sangat rindu kenangan dahulu bersama mereka. Segala-galanya berubah kini..walau siapa pun mereka,mungkin dia seorang yang sangat merasakan dia sangat sempurna tetapi tak pe aku sentiasa akan belajar menerimanya, dia seorang yang tidak mengekspresikan perasaan tak pe aku akan sentiasa mengagumi dia yang berperwatakan fleksibel, dia seorang yang bersosial takpe kerana aku sentiasa mengagumi nilai persahabatan yang dia ada…pendek kata..andai mereka semua tahu aku amat menyayangi mereka dan menghargai mereka…aku tak kisah apa pun mereka yang aku sayangi ini nak cakap tentang aku pun,maaf bukan sengaja aku hendak berjauhan dengan kalian tetapi aku amat menyayangi persahabatan kita,aku tak nak pergaduhan atau perselisihan berlaku atau apa- apa pun yang boleh meruntuhkan persahabatan kita..aku rindu nilai persahabatan..kisah di sini baru bermula dan aku bercita-cita untuk mengakhirinya dengan kebahagiaan..inilah diri aku yang sebenarnya, simple dan xperlu wahai sahabat- sahabatku sekalian meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap aku..love u all.
                                                                                                                                                                Sekian.

No comments: