Hidup

 assalamualaikum...
Dah lama tak merapu kat sini.. macam belum terlambat kan ucap selamat tahun baru..tahun 2013 dah kan. Alhamdulillah,masih diberi kesempatan olehNya untuk bernafas menikmati dunia yang sementara ini. 

Tak ada apa yang menarik memandangkan sekarang tengah cuti sem. Lepas nie melangkah ke semester 6 untuk tahun yang ketiga bergelar pelajar universiti. Tengok kawan- kawan lain yang sebaya dengan diri ni tengah berseronok melayan kerenah anak, suami tak kurang jugak yang bertunang bagai tunggu masa nak berlayar. kebanyakan junior sekolah menengah pun dah hidup berkeluarga. Tahniah adik- adik!!

Bila direnung kembali, setiap insan dah ditentukan jalan hidup masing- maing. Ada yang jalan hidupnya indah je tanpa gelora besar, ada pulak hidupnya sering dilanda badai. Untuk aku? biarlah kita sentiasa melihat di bawah jangan pula sentiasa mendongak ke atas, kerana itu akan lebih membuatkan kita bersyukur dengan kurniaanNya terhadap kita. 

Tahun 2013 umur akupun bertambah sungguhpun baru menyambut kelahiran yang ke- 22 disember lalu. angka 23 ni cukup membuatkan aku merenung masa hadapan aku dan mula memikirkan secara serius masa depan untuk bergelar seorang isteri dan ibu. Naluri keibuan tu semakin hari semakin dijentik oleh nilai kasih sayang yang membuak- buak apabila melihat bayi, mendengar cerita ibu mengandung apatah lagi mak pun sudah mula secara terbuka meluahkan impian acara perkahwinan untuk anak sulungnya nanti. 

hakikatnya, belum sampai lagi ketetapan yang itu untuk aku. Mohon dikurniakan seorang suami yang menyayangiku seadanya dan kerana Dia. aminn. Apa yang harus aku buat? inilah masa untuk menyiapkan diri dengan segala bekalan yang sepatutnya. Bentuk peribadi, perbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dan untuk orang sekeliling aku juga. Bersabarlah hendaknya.

semuanya akan berubah seiring dengan masa..insyaAllah..harap yang baik- baik aje buat kita semua.. 


thanx to kawan- kawan yg buat supriz bday party aritu.. tp ucapan tahniah untuk si dia  yang memang bijak berlakon bersama cik mekdi dan lain2. nasib baik je korang sebab bday girl demam..cehh!!
dear awak: thnx alot..ini yang paling bermakna..tak sama dengan tahun2 sebelumnya. awakla abang di hati saya walaupun saya anak sulung..ahaks!! 




                                                                                                                                           

No comments: