Semua manusia akan berubah setiap saat, minit, jam, hari, minggu, bulan malahan tahun. Begitu juga aku kan yang meniti usia 21tahun, sentiasa muhasabah diri dan sentiasa berharap aku mampu untuk menempuhi setiap ujianNya.
masa dan kehidupan. |
Setiap dugaan hidup yang kita lalui akan mematangkan kita. Kadangkala setiap percakapan kita dan perlakuan kita tanpa kita sedari dan tanpa niat boleh mengguris hati orang lain. Sudah tentu kita tak mahu kehilangan sahabat akibat sikap kita yang mengjengkelkan tetapi kita juga tak mampu nak puaskan hati semua orang. Sebelum kita tidur adalah lebih baik kita memaafkan orang lain dan cuba untuk tidak menyakiti orang lain juga ye dan minta maaf. Dalam hidup kita perlu sentiasa tenang dan berhati- hati, jangan over excited dengan hal yang kecil. Impian itu penting sebagai motivasi untuk kita berjaya dalam hidup, bukannya angan- angan mat jenin ye mesti disertakan dengan usaha juga.
Aku juga akan berubah seiring dengan masa yang aku lalui. InsyaAllah, ke arah yang lebih baik dan menjadi someone yang lebih baik dengan kehidupan akan datang yang lebih baik. Amin.
Aku teringat atuk yang aku jumpa di pekan kuala pilah sebelum aku masuk upsi dulu. Pada pandangan luaran aku tengok atuk nie tak ada yang istimewapun, sempoi..tapi bila dah bersembang sambil tunggu bas baru aku tahu, 'atuk nie memang hebat!'. Atuk ni bekas guru besar, seronok dia ceritakan kisah hidup dia,zaman muda dia dulu, diapun salah satu pelajar mpsi(upsi) dan cukup excited sebab jumpa anak muda yang nak jadi ckgu(tp..aku??? errr...). Nak tahu pesanan dia kepada aku??
"dalam hidup ni ayu:"
*jangan mengeluh*
*jangan merungut*
*jangan mengungkit*
"Allah s.w.t benci orang macamnie. jangan lupa solat,solat tiang agama. bila ayu jadi cikgu nanti sentiasa ikhlas dan redha dengan ilmu yang ayu bagi kepada pelajar."
Kebetulan dia ada cucu yang namanya sama dengan aku, rilex jela dia bagi nasihat. Terharu sangat, aku sentiasa ingat pesan atuk yang aku jumpa secara kebetulan dan aku akan usaha untuk ke arah ini.
(p/s: inilah kehidupan kan....peringatan untuk aku. aku tak nak la bila aku tua nanti tak ada benda yang indah aku boleh kenang tentang kehidupan aku masa muda. Apo wan nak cito kek cucu wan nanti??)
2 comments:
amboi hang..seronok berblogging ek dok kt umah?? haha..perghh..follower da smpi 16..hebat2 hahaha..ak tggu bln 9 depan la nk aktif blik hahaha
@dee
haha..bru nak bjinak2..:)
Post a Comment