Hobi Baru..

Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang hanya mampu aku luahkan untuk diri sendiri ni..hehe. mana tak peliknya u ollss, dulu..aku ni bukan lah minah jiwang yang jenis boleh statik sambil baca ayat panjang- panjang ni, tengok perkataan penuh satu mukasuratpun aku dah naik pitam(waduh!! pening sih kepala gue).
feningg mak nak!!
Tapi itu dululah,sekarang ni sejak dua menjak dak sepet ni ditimpa 'heart broken' dan 'fever terlampau',lain pula jadinya. tanpa aku sedari, aku sekarang sangat suka membaca,terutamanya cerpen- cerpen. macam mana aku sedar aku ni suka baca cerpen sekarang? ha..macam ni cito eh, dalam suasana keboringan yang teramat sempena cuti semester ni, akupun lepak- lepak la dalam bilik, yela..demam kan. akupun dengan tangan yang agak gatal lalu mencapai koleksi majalah REMAJA aku, selak punye selak..akupun berhenti di ruangan cerpen. akupun dengan fokusnya membaca kisah dalam cerpen tu sampai aku tak sedar aku tersengih sorang- sorang macam kerang busuk..haahaha..
nasib baik ada majalah2 lama ni..hehe
lama kelamaan aku 'up' sedikitlah, akupun carilah laman sesawang yang banyak koleksi cerpen dan novel online sehinggalah aku terjumpa blog ni.
penulisan2u.blogspot.com
Dalam blog ni ada banyak cerpen- cerpen dan novel- novel terkini. Inilah hobi baru aku sekarang, dapat aku membawa diri aku berimaginasi menyelami cerita- cerita yang ada ni. Banyak cerita yang mengajar aku sebenarnya cinta itu indah dan tak perlu aku merasa kehilangan sebabnya cinta pasti akan datang tanpa kita sangka waktu kedatangannya untuk membahagiakan kita. Apa yang lebih penting, cinta Allah s.w.t kepada kita tak pernah berkurang terhadap kita, buktinya walau setiap masa kita lalai dan alpa atas nikmat kurniaanNya, kita tak pernah dibiarkan berseorangan apabila kita ditimpa musibah. cinta seperti ini lebih agungkan u ollss!! so, bila ada masa terluang isikanla dengan perkara- perkara yang berfaedah ye..


(p/s: umur muda macam aku ni tak perlulah nak menyemak kan kepala dengan hal cintan cintun yang tak kemana tu,hehe. Bina hubungan persahabatan, itu yang lebih baik..nanti senang nak buat pilihan..ahaks!!)


1 comment:

!meimei cik ayu! said...
This comment has been removed by the author.